Artikel Pilihan

30 TAHUN SEBELUM MERCEDES, NISSAN SUDAH PUN PERKENALKAN ROAD SURFACE SENSING!

Sebenarnya berita dan fakta ni sudah pun 8 tahun terlambat tapi tak apalah, “better late than never” katanya orang Beris Kubor Besar. Kami pun tak sedar kalau tidak diberitahu rakan media kami dari Jepun. Isu ini timbul selepas Mercedes melancarkan model flagship mereka S65 AMG pada tahun 2014 dengan sistem suspensi surface sensing yang pertama di dunia. Masalahnya satu je, Nissan sudah pun memperkenalkan teknologi yang sama 30 tahun lebih awal!

Sewaktu S65 AMG dilancarkan, Mercedes menyatakan yang ianya dilengkapi dengan suspensi sports AMG yang diasaskan dari MAGIC BODY CONTROL dan lengkap dengan ROAD SURFACE SCAN, teknologi suspensi bermata pertama di dunia. Ada mata beb.

Menurut Mercedes lagi, bila ROAD SURFACE SCAN mengesan sebarang perubahan pada permukaan jalan dengan bantuan camera stereo, MAGIC BODY CONTROL akan melaraskan suspensi lebih awal untuk disesuaikan dengan situasi.

30 tahun sebelumnya pula, Nissan telah memperkenalkan teknologi yang sama tetapi menamakannya Super Sonic Suspension, fuh laju betul bunyinya kan? Ia menggunakan sejumlah sonar untuk membaca permukaan jalan di hadapan kereta dan melaraskan kembali tekanan suspensi mengikut kesesuaian. Ia mempunyai tiga tahap pelarasan.

Nissan mula menggunakan sistem ini pada model Nissan Bluebird Maxima 1984 untuk model full spec mereka. Ramai antara korang pun sahih belum lahir lagi masa ni kan? Tapi bukan hanya untuk model U11, Nissan turut menawarkan Super Sonic Suspension untuk pelbagai model mereka sepanjang pertengahan 80an.

Pada bulan Jun 1985, Nissan menambah lagi sistem ini sebagai pilihan intuk model Cedric Y30 dan Gloria. Begitu juga bila mereka melancarkan F31 Leopard pada tahun 1986 pun ia turut ditawarkan untuk versi full spec.

Tapi walaupun Nissan pernah mengeksport Bluebird U11 dan F31 Leopard ke AS, ia tidak pernah dilengkapi dengan Super Sonic Suspension. Kira ia sistem istimewa untuk model-model JDM sahaja. Kembang hidung abang-abang JDM bila baca ni.

Tapi tentu sekali ada sedikit perbezaan antara sistem Mercedes dan Nissan. Mercedes menggunakan sistem kamera stereo manakala Nissan menggunakan lima sensor sonar. Jadi sebab Nissan perkenalkan sistem ini 30 tahun lebih awal faham-faham sendirilah. Ye lah 30 tahun dulu kau nak pasang kamera apa dekat bawah kereta. Kalau pasang pun larat ke nak ganti filem Kodak tu hari-hari? Abang Japar dulu basah spender tahu dok heret beg kamera ke hulu ke hilir nak shoot gambar kereta.

Walaupun selepas 8 tahun baru kami sedar fakta sebenar dan Mercedes pun dah tak keluarkan lagi model S65 AMG tapi okeylah. Sekurang-kurangnya kita tahun yang Nissan telah menewaskan mereka 30 tahun lalu dengan hanya menggunakan model Maxima yang sederhana. Banzaiii.

Kredit japanesenostalgiccars.com

Google ads
Back to top button