Artikel Pilihan

SUBARU BRZ RIM BESI, INI BARU KERETA PROJEK. SIAP DENGAN ROLL CAGE

Ia bukan perkara baru sebenarnya kerana Subaru telah mula menjual Subaru Rahmah semenjak tahun 2013 lagi. Dikenali dengan kod model BRZ RA, model ini hanya dibekalkan dengan rim besi sahaja tapi kabin dalam dipasang dengan bar keselamatan guling untuk keselamatan dan ia adalah model yang asas untuk kegunaan trek perjalanan.

Model ini adalah model popular sehingga perlumbaan BRZ Cup Car Basic diperkenalkan pada tahun 2022 yang diasaskan pada model BRZ generasi kedua. Bagi tahun 2024, model sport coupe ini menerima beberapa pembaharuan walaupun kusyen di belakang dikekalkan

Tayar standard datang dengan saiz 205/55 16 inci kerana Subaru tahu tayar tersebut akan digantikan sebaik sahaja keluar dari kedai. Bagi model taun 2024, roll cage 6 poin telah diubah bagi meningkatkan keselamatan.

Malah versi togel ini juga lengkap dengan ciri ADAS Subaru EyeSight yang diperkenalkan semenjak tahun lepas bagi varian manual. Sama seperti varian sebelum ini, varian yang dipasang dengan roll cage tidak diberikan ciri beg udara sisi dan juga beg udara tirai tepi.

Ciri ini dinyahaktifkan sebaik sahaja roll cage dipasang di dalam kabin. Kusyen pemandu turut menyediakan lubang tambahan sekiranya anda bercadang untuk memasang tali pinggang keselamatan 6 poin perlumbaan

Enjin pula menerima ciri sistem penyejukan minyak pelincir dan sirip angin khas bagi menghalakan udara sejuk pada differential belakang. Tetapi Subaru mengingatkan bahawa model asas ini akan kalah dari segi keselesaan, keupayaan membelok di tempat sempit, susah untuk keluar, dan juga lebih bising.

Untuk menjimatkan berat, kit pembaikan tayar digunakan berbanding dengan tayar gantian kecemasan. Dengan penawaran harga RM 117,500 model ini adalah model termurah yang ditawarkan oleh Subaru US.

Google ads
Back to top button