Buletin

SUBARU PANGGIL SEMULA 1182 EV SOLTERRA, MASALAH PEMBAIKAN TAK IKUT SOP

Subaru mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 1,182 unit Subaru Solterra EV di Amerika Syarikat berikutan masalah baharu yang timbul, berpunca daripada isu bolt hab yang mengakibatkan kenderaan Toyota bZ4X terlibat sama.

Menurut laporan, masalah ini dikesan pada Subaru Solterra yang sedang dibaiki, di mana prosedur pembaikan tidak dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan di dua lokasi pelabuhan di USA.

Untuk memastikan keselamatan penggunanya, Subaru membuat keputusan untuk memanggil kesemua kenderaan yang telah dibaiki di semua lokasi pelabuhan yang disokong oleh kontraktor pihak ketiga.

Subaru juga menasihatkan para pelanggan untuk tidak memandu kenderaan mereka dan meminta supaya ia ditunda ke pusat pengedar berhampiran untuk pemeriksaan.

Perkhidmatan tunda dan pemeriksaan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan kepada pelanggan Subaru.

Untuk makluman, Toyota bZ4X dan Subaru Solterra berdepan dengan masalah kebarangkalian roda akan tercabut sewaktu ia dipandu, disebabkan oleh bolt hab roda yang longgar. – Motor1

Google ads
Back to top button