Motosikal

TVS APACHE RTR 200 FI

TVS Motor Company (TVS), pengeluar jentera roda dua dari India melancarkan model TVS Apache RTR 200 FI serentak di India dan Indonesia, semalam.

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (2)

TVS  mendakwa model terbaru berkenaan adalah yang terpantas dalam kelasnya. Dengan kemampuan mencapai kelajuan 60 kilometer sejam dalam tempoh 3.9 saat.

TVS Apache RTR 200 FI didatangkan dengan enjin O3C penyejukan minyak bersesaran 198cc.

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (1)

Enjin silinder tunggal itu mampu menghasilkan kuasa 21PS @ 8,500rpm dan tork setinggi 18.1Nm @ 7,000rpm.

Teknologi Nanofriks yang digunakan untuk melapisi piston berupaya mengurangkan getaran dan kehausan. Selain memastikan enjin beroperasi dengan lancar,

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (3)

Sistem Digital Fuel Injection (DFI Logic) daripada Bosch pula memastikan penyaluran bahan bakar berlaku secara dinamik. Sekali gus menjadikan pembakaran petrol lebih efisien dan rendah emisi.

Penggunaan suspensi monoshock di belakang dan suspensi 37 di hadapan daripada KYB Corporation memberikan kestabilan tunggangan pada kelajuan tinggi mahu pun ketika membrek.

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (4)

TVS mengaplikasikan rekaan jejari Y pada rim. Penggunaan brek cakera jenis kelopak di hadapan dan belakang menawarkan keselamatan tahap tinggi buat penunggang.

Dari segi rekaan, TVS Apache RTR 200 FI tampil dengan gaya hiper-agresif. Penggayaan model itu diinspirasikan dari model popular street fighter TVS X21 Draken.

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (5)

Garis badan yang tajam bersama pilihan warna perlumbaan adalah imej terbaik buat model berkenaan.

Penggunaan lampu LED nyalaan siang yang solid memberikan kesan garang. Sementara hendal diperbuat daripada aluminium dan pelana persis perlumbaan melengkapkan penggayaan jentera.

tvs-apache-rtr-200-fi-mekanika (4)

Di Indonesia, hanya tiga warna disediakan iaitu merah, putih dan hitam. Manakala pasaran India ditawarkan dengan pilihan tujuh warna. Harga jualan Apache RTR 200 FI ialah  Rp23,9 juta (RM7,409).

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button