Buletin

SUDAH BOLEH TEMPAH VW JETTA – RM110K HINGGA RM130K!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Jetta baharu. Jetta baharu akan ditawarkan dalam tiga varian – Trendline, Comfortline and Highline. Ia dikuasakan oleh enjin 1.4L TSI baharu dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear direct shift tujuh kelajuan.

Volkswagen-Jetta-booking-mekanika (2)

Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Sekali gus menjadikan Jetta sebagai kenderaan paling berkuasa dalam segmennya.

Diiktiraf secara rasmi sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Jetta baharu dilengkapi teknologi BlueMotion Volkswagen. Ia memberikan kereta ini kuasa dan penjimatan bahan api luar biasa,  terima kasih kepada fungsi start/stop dan brek janaan semula yang ada padanya.

Ciri-ciri keselamatan utama Jetta baharu termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Jetta baharu ditawarkan pada harga bermula RM110,000 hingga RM130,000 seunit. Ia didatangkan dalam empat warna iaitu putih, kelabu, perak dan hitam.

Jadilah individu pertama yang menempah untuk memandu uji Jetta baharu dengan melayari laman web www.volkswagen.com.my. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini atau ketika Minggu Pra-Tempahan Jetta pada 24 dan 25 September di pengedar-pengedar sah Volkswagen seluruh negara (waktu operasi dilanjutkan).

Google ads
Back to top button