Buletin

SUPERCAR ELEKTRIK NIO EP9 – JENTERA EV TERPANTAS DI DUNIA

Pengeluar kereta elektrik (EV) yang berpangkalan di London, UK NextEV baru-baru ini melancarkan jenama kenderaan, NIO.

Jenama EV yang revolusionari itu akan membantu pengguna meneroka gaya hidup penuh keseronokan. Ia mahu menghasilkan sebuah kereta yang mampu menawarkan prestasi luar biasa dengan rekaan estetik terkini dan pengalaman pemanduan unik.

batch_nio-ep9-mekanika1

NIO tampil dengan EV pertamanya, NIO EP9 yang telah berjaya mencatat rekod pusingan baru di litar Nürburgring Nordschliefe. Pada 12 Oktober lalu, EP9 menamatkan pusingan litar Green Hell sejauh 20.8km itu dalam masa cuma 7 minit 5.12 saat.

Catatan masa itu sekali gus menjadikan EP9 sebagai EV paling pantas di dunia. Bukan itu sahaja, pada 4 Nomber 2016 jentera itu memadamkan rekod EV di liter Paul Ricard di Perancis apabila merekodkan masa 1 minit 52.78 saat. Rekod sebelum ini ialah 2 minit 40 saat.

batch_nio-ep9-mekanika

EP9 menggunakan empat unit motor berprestasi tinggi dan empat kotak gear. Hasilnya, jentera tersebut mampu menjana 1 megawatt kuasa yang bersamaan 1,360PS. Ia mampu memecut dari 0 hingga 200km/j dalam masa hanya 7.1 saat dan mempunyai pecutan maksimum 313km/j.

Dengan sistem bateri yang boleh ditukar, EP9 direka untuk dicaj dalam masa 45 minit dan jarak sejauh 426\7km.

batch_nio-ep9-mekanika3

Kokpit karbon dan casis menampilkan pendekatan baru ke atas reka bentuk kenderaan berprestasi tinggi . Ia perlu menangani tuntutan mengambil selekoh dengan kuasa 3G. Maka struktur yang lebih mantap dan aerodinamik amat penting.

“Hari ini kami melancarkan supercar elektrik yang Berjaya mencatat rekod baru di litar Nürburgring Nordschliefe. Ia menjadi bukti ke atas kemampuan visi, teknikal dan pengilangan kami,” kata Pengasas dan Pengurusi NextEV, William Li.

Google ads
Back to top button