Buletin

NIO DARI CHINA MASUK JERMAN, BELANDA, DENMARK DAN SWEDEN!

NIO adalah sebuah syarikat kenderaan elektrik premium dari China dan ditubuhkan pada November 2014.

Sebagai sebuah syarikat baharu NIO sudah pun menghasilkan beberapa model dan berjaya menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan kereta hiper EP9 pada 2016.

Tidak sekadar disimpan di dalam studio, kereta ini dijual kepada umum dan pernah diuji oleh personaliti terkenal Richard Hammond.

EP9 juga berjaya mencatatkan rekod kereta elektrik terpantas di litar COTA, Shanghai dan Paul Ricard.

Satu strategi NIO ialah memasarkan kereta ke Eropah dan langkah yang betul memandangkan syarikat adalah pengeluar kenderaan elektrik.

Tahun lepas NIO memasuki Norway dan terbaru syarikat mahu menjual kereta di Jerman, Belanda, Denmark dan Sweden.

Tiga model akan ditawarkan iaitu SUV EL7 dan dua sedan ET7 dan ET5 yang kesemuanya berasaskan platform NIO NT2.

Bukan setakat pemberitahuan, ET7 yang merupakan sedan andalan berprestasi tinggi sudah pun boleh ditempah di empat negara tersebut dan menariknya penghantaran akan bermula pada 16 Oktober.

Tempahan awal untuk SUV EL7 dan sedan ET5 juga dibuka dan masing-masing akan mula dihantar pada Januari dan Mac 2023.

Berikut adalah ciri-ciri tiga model NIO:

  • Direka untuk pasaran global dan memenuhi skor lima bintang keselamatan
  • Pecutan 0-100 km/j dalam masa empat saat
  • Pembrekan 100-0 km dalam jarak 34 meter
  • Seniba CSU (Boleh cas, Boleh ganti, Boleh naik taraf) yang membolehkan bateri dicas dan diganti dan menerima faedah teknologi bateri terbaru atau fleksibiliti naik taraf kapasiti bateri
  • Sistem pintar Banyan dan perkakasan Aquila
  • Kokpit panoramik digital PanoCinema
  • Sistem Bunyi Dolby Atmos 7.1.4
  • 256 lampu suasana
  • Skrin kawalan tengah AMOLED saiz 12.8 inci dan fungsi AR dan VR

Model langganan NIO:

  • Tempoh penggunaan dari sebulan hingga 60 bulan
  • Khidmat langganan merangkumi penyelenggaraan, tayar musim sejuk, kereta ihsan dan pertukaran bateri dan fleksibiliti naik taraf kapasiti bateri

Kemudahan pengecasan

  • Akses kepada 380,000 pusat pengecasan di Eropah menggunakan kad NIO NFC
  • Merancang untuk membina 20 Stesen Penukaran Kuasa (PSS) di Eropah pada 2022 dan mencecah 120 pada 2023
  • Mensasarkan untuk membina 1,000 PSS di luar China menjelah 2025 dan majoriti di Eropah
  • Model terus kepada pelanggan untuk pengguna di Eropah
  • NIO House di Berlin bakal dibuka dalam masa tersebut dan sejumlah NIO House akan dibina di Hamburg, Frankfurt, Düsseldorf, Amsterdam, Rotterdam, Copenhagen, Stockholm dan Gothenburg 

Perkhidmatan selepas jualan:

  • Pusat Servis Bertauliah telah pun ditubuhkan di bandar utama di Norway, Jerman, Belanda, Denmark dan Sweden
  • Pengguna boleh mengakses data kereta melalui NIO App dan menempah janji temu servis menggunakan fungsi One Click for Service

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Penubuhan Pusat Inovasi Berlin pada Julai dengan fokus pada kokpit digital, pemanduan autonomi dan R&D tenaga baharu
  • Stesen Penukaran Kuasa pertama yang dikeluarkan di Kilang Kuasa NIO Eropah di Hungary berjaya disiapkan pada September
  • Kilang yang sama berfungsi sebagai pusat pengeluaran, servis dan pusat R&D untuk NIO Power di Eropah
  • NIO turut mempunyai pusat R&D dan kemudahan rekaan di Oxford dan Munich

BACA: TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA

BACA: SIME DARBY MOTOR BAKAL EDAR EV BYD. MULA DENGAN ATTO 3 DAN MPV e6

BACA: TOYOTA PERKENAL HARRIER PHEV DI JEPUN. HARGA BERMULA RM198K

Google ads
Back to top button