
TIADA LAGI PERLUMBAAN SELEPAS 2018, SELAMAT TINGGAL SEPANG F1…
Keputusan untuk tidak menyambung kontrak penganjuran sukan Grand Prix Formula adalah sesuatu yang kita boleh jangka akan berlaku. Cuma masa yang akan menentukannya.
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata perlumbaan Formula 1 terlalu mahal untuk dianjurkan. Kos purata bagi setiap penganjuran perlumbaan ini adalah sekitar RM300 juta manakala pulangannya tidak berbaloi.
Memang benar, Formula sudah jadi satu bentuk monopoli perniagaan. Ia tidak lagi seronok ditonton kerana dikawal sepenuhnya oleh sebuah entiti perniagaan. Pemiliknya Bernie Ecclestone kadang-kadang suka-suka mak bapak dia buat kenyataan yang tidak berapa cerdik.
Pada awal tahun ini seperti yang kita jangka, penguasaan pasukan Mercedes-AMG menyebabkan perlumbaan jadi bosan. Ye lah kalau dah semua kau je menang, orang datang trek nak tengok apa? Bernie Ecclestone sendiri pernah beritahu media yang dia tak akan bawa keluarganya ke trek menonton F1 sebab tiada lagi thrill bila menonton.
Begitu juga halnya yang berlaku di Malaysia di mana ia dapat disaksikan dengan penurunan mendadak jualan tiket. Selaku pengajur juga, Sepang International Circuit (SIC) terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk terus balik modal. Tu yang kau kena bayar parking sampai RM50.
Berbeza dengan MotoGP dengan perlumbaan yang semakin menarik dan mendebarkan, F1 kelihatan sudah sampai ke penghujungnya. Singapura pun sudah ambil keputusan untuk menghentikan F1 malam nya yang ikonik. tetapi ikonik tidak untung pun susah juga.
Selamat Tinggal Formula One…