Buletin

PERKHIDMATAN ROBOTAXI BEROPERASI DI SHANGHAI. INGAT ROBOCOP, RUPANYA TEKSI

Syarikat teknologi pemanduan berautonomi, AutoX mengumumkan perkhidmatan RoboTaxi dibuka kepada khalayak di Shanghai, China.

Pengumuman tersebut menjadi detik penting dalam perkhidmatan transit di bandar terbesar China.

Daerah Jiading bakal menjadi saksi dalam perkhidmatan yang julung kali dilaksanakan di negara China.

AutoX telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa tempatan membenarkan sebanyak 100 kenderaan beroperasi di daerah Jiading.

Para pelanggan boleh menempah AutoX RoboTaxi menggunakan aplikasi telefon pintar Alibaba AutoNavi seperti perkhidmatan e-hailing lain.

AutoX turut menjalin kejasama strategik bersama pengendali perkhidmatan teksi utama berpangkalan di Shanghai, Letzgo dalam menyokong pelancaran projek perintis teksi pandu sendiri kepada orang ramai.

Perjanjian tersebut akan menyaksikan kemajuan dalam model perniagaan AutoX apabila syarikat itu menawarkan platform AutoX Driver manakala Letzgo mengendali operasi harian.

Para pekerja Letzgo akan diberi pendedahan dan latihan berhubung operasi RoboTaxi di pusat operasi AutoX yang dibuka pada April lalu.

Syarikat teksi berkenaan mengendalikan lebih 16,000 kenderaan di 18 bandar seluruh China termasuk Shanghai.

AutoX turut menguji perkhidmatan teksi pandu sendiri di Shenzhen, Wuhan, Wuhu dan beberapa bandar di seluruh dunia. – carscoops.

Google ads
Back to top button