Motosikal

LIN JARVIS AKUI KESILAPAN YAMAHA M1 BERMULA SEJAK 2016

Kesukaran yang dihadapi jentera MotoGP Yamaha berpunca dari perubahan yang dilakukan mereka pada musim 2016 dan kini setelah masalah sebenar dikenal pasti pasukan factory Yamaha kini terpaksa bergelut untuk bersaing dengan Ducati dan juga Honda.

Itulah pendapat yang disuarakan oleh prinsipal pasukan Movistar Yamaha dan pelumba mereka Valentino Rossi ketika perlumbaan di Grand Pris Valencia baru-baru ini.

Yamaha menghadapi kemarau kemenangan paling panjang dalam sejarah MotoGP sejak dari kemenangan terakhir Rossi di Assen 2017 sehinggalah Maverick Vinales menaiki podium di Phillip Island bulan lepas. Mereka kini berharap perubahan pada enjin dan sistem elektronik akan mampu membawa Yamaha ke depan pada musim 2019 yang akan datang.

BACA: SETELAH 20 TAHUN DI PASARAN, SUZUKI HENTIKAN PENGELUARAN HAYABUSA

Jarvis mengatakan yang ia bukannya hanya satu kesilapan tetapi kesilapan sebenar ialah kegagalan mereka dalam memahami masalah yang timbul dua tahun lepas. Jadi semua masalah yang timbul hari ini adalah kerana kegagalan mereka membuat keputusan yang tepat dua tahun lepas tetapi pada pertengahan musim mereka mula sedar dan jelas dengan langkah yang perlu diambil.

Kini mereka juga terpaksa berlumba dengan masa untuk menyaingi musuh tradisi mereka yang kini berada di hadapan, Ducati dan juga Honda.

Rossi juga bersetuju dengan Jarvis kerana padapenghujung 2016 mereka mula ditimpa masalah. Mereka masih berdaya saing tetapi menghadapi masalah dengan tayar dan pada masa yang sama pengeluar-pengeluar lain sudah pun berada selangkah di hadapan.

Mereka memang telah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi dengan cara yang salah. Mereka berusaha menambahbaik casis dan agihan berat padahal mereka sepatutnya lebih fokus pada sistem elektronik dan enjin.

Walaupun proses naiktaraf elektronik sudahpun dilakukan oleh pasukan namun enjin rekaan baru tidak boleh diperkenalkan sehingga musim depan.

Kini Rossi dan Vinales telahpun menguji enjin baru mereka untuk musim 2019 tetapi ternyata ia masih tidak memuaskan hati Rossi. Ia bukannya enjin yang sesuai untuk menjadi juara dan perlukan proses tingkat taraf yang lebih menyeluruh.

Google ads
Back to top button