
SUV SEGMEN A JEEP JUNIOR
Jeep kini sedang membangunkan produk asas yang menyasarkan kepada kenderaan SUV segmen-A. Menggunakan kod nama Jeep Junior, model itu akan menggunakan asas Jeep Renegade.
Usaha itu membolehkan lebih ramai pengguna memiliki model Jeep. Difahamkan bahawa Jeep Junior dibina berasaskan platform X6H FCA yang juga akan digunakan pada Fiat Punto.
Model asas Jeep akan dilengkapi enjin 1.8 liter empat silinder E. torQ daripada Fiat Toro. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 138hp @ 5,750 rpm dan tork 189Nm @ 3,750 rpm.
Jentera ini akan ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan dan automatik enam kelajuan. Jeep juga mungkin akan menawarkan sistem AWD bagi versi lebih tinggi. Dikhabarkan, model itu secara rasmi berada di pasaran tahun hadapan.








