Buletin

SYUKURRR…. SUPERCAR SUPER LIMITED – LAFERRARI APERTA DAH SAMPAI MALAYSIA…

Sempena sambutan ulangtahun ke 70 Ferrari tahun iniu, Naza Italia, pengedar eksklusif jenama Ferrari di Malaysia membuat kejutan dengan mempamerkan Laferrari Aperta dalam satu acara di Kuala Lumpur, pagi ini.

Kami juga terkejut mendapat undangan ini kerana seperti yang diketahui umum, Laferrari Aperta adalah versi eksklusif Laferrari dan dikatakan antara yang termahal untuk versi moden Ferrari.

BACA: LAFERRARI NOS UNTUK DIJUAL RM31 JUTA!

Ia diperkenalkan pada tahun lepas dan hanya 209 unit sahaja dihasilkan dan sebenarnya sudahpun habis dijual sebelum kereta ini sempat siap dibina pun. Jualannya pula dibuat secara eksklusif, secara jemputan khas menerusi pilihan yang dibuat oleh Ferrari sendiri. Mereka yang pilih pembeli bukan pembeli yang ke pusat pameran.

Teringat pula waktu Pak Amid beli Savvy kira eksklusif juga dulu penjualnya siap datang dari Pulau PInang – kira macam eksklusif juga lah.

Aperta bukan sahaja digilai oleh peminat Ferrari malah diraikan sebagai model Ferrari paling berprestij di abad ke 21. Ferrari pernah disaman kerana menolak tawaran pembeli Aperta oleh Preston Henn dari Amerika Syarikat.

Preston Henn bukanlah lelaki cap ayam yang acah-acah baru main Ferrari. Beliau adalah ahli perniagaan Berjaya, bekas pelumba dan terkenal sebagai pengumpul kereta. Beliau juga memiliki Ferrari F40, F50, Enzo and LaFerrari, dan 458 Speciale dan juga 275 GTB.

LaFerrari Aperta  merupakan evolusi pertama Ferrai untuk menghasilkan hypercar “mesra alam”. Ia dikuasakan oleh enjin bentangan V12 dengan 789 kuasa kuda dan dibantu motor elektrik 161 kuasa kuda. Pecutan 0-62 mph kurang dari 3 saat dan kelajuan maksimum 350km/j.

 

Google ads
Back to top button