Buletin

SUZUKI BERKUBUR DI MALAYSIA

Selepas pengumuman kolaborasi antara Proton Holdings Bhd (Proton) dan Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SAM) pada Jun lalu. Kini kedua-dua pihak telah memulakan langkah strategik utama.

Proton-mou-Suzuki-mekanika (3)

Sejumlah 25 buah pusat 3S dan empat pusat 4S milik Suzuki akan ditukarkan kepada pusat cawangan Proton Edar. Bagaimanapun 29 buah cawangan berkenaan akan menggunakan logo Proton dan Suzuki.

Bagi pelanggan sedia ada Suzuki seramai 48,000 orang tidak perlu bimbang. Ini kerana  cawangan tersebut masih meneruskan khidmat servis dan penyelenggaraan kenderaan Suzuki.

Malah, keperluan selepas jualan servis dan perlindungan waranti pelanggan Suzuki akan dijamin dengan penggunaan alat ganti asli Suzuki.

Proton-mou-Suzuki-mekanika (4)

Umum mengetahui bahawa majlis tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dan Persetujuan Lesen tahun lalu bakal menamatkan perjalanan jenama Suzuki di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah memberitahu rasionalisasi operasi SMA pada awalnya dijangka disempurnakan dalam masa setahun. Tetapi ia telah berkembang lebih awal daripada yang dirancang untuk merealisasikan fasa perkongsian seterusnya.

“Hari ini, saya ingin mengumumkan kerjasama berkenaan akan menyaksikan lebih banyak lagi peristiwa penting. Ia akan memberi kelebihan kepada Proton  dengan penambahan rangkaian pengedar, penjual, tenaga kerja mahir, perkongsian platform dan pengetahuan teknologi,” katanya.

Proton-mou-Suzuki-mekanika (2)

Di bawah kolaborasi berkenaan, Suzuki yang memiliki teknologi tingi dan kepakaran dalam menghasilkan kenderaan untuk segmen enjin lebih kecil (kategori A dan B) pasti dapat melengkapkan perancangan produk jangka panjang Proton.

Suzuki telah menghentikan pengeluarannya di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Proton mempunyai akses kepada model, platform, enjin dan teknologi automotif Suzuki.

Diharapkan kolaborasi berkenaan bakal memberikan sinar baharu buat Proton. Sepertimana kejayaan usahasama antara Suzuki dan Maruti di India.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button