Buletin

MERCEDES-BENZ LANCAR VARIAN SUV MEWAH

Mercedes-Benz Malaysia semalam melancarkan rangkaian model SUV terbaharunya sebagai sebahagian daripada strategi agresif untuk tahun 2016.

Mercedes-Benz-Premium-SUV-mekanika (9)

Rangkaian SUV premium itu terdiri daripada model GLC, GLE dan GLE Coupe yang sesuai untuk kelompok pelanggan lebih luas.

mercedes-benz-GLC-250- 4MATIC-mekanika (1)

Hadir dalam varian GLC 250 4MATIC, jentera itu dikuasakan oleh unit enjin empat silinder bersesaran 1,991cc. Berkuasa 211hp dan tork 350Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear 9G-TRONIC sembilan kelajuan. Harganya, RM328,888 seunit.

mercedes-benz-GLE-400- 4MATIC-mekanika (2)

SUV bersaiz penuh, GLE menggabungkan aspek kemewahan, fungsi, gaya dan prestasi. Jentera ini didatangkan dalam dua varian iaitu GLE 250d 4MATIC dan GLE 400 4MATIC.

Varian diesel menggunakan enjin bersesaran 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa mencecah 150hp dan tork 500Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear 9G-TRONIC.

mercedes-benz-GLE-400- 4MATIC-mekanika (1)

GLE 400 4MATIC pula dijana oleh unit enjin V6 berkuasa 245hp dan tork 480Nm. Padanan transmisinya ialah 7G-TRONIC. Berminat? GLE 250 d berharga RM486,888 dan GLE 400 boleh anda miliki pada harga RM568,888 seunit.

Mercedes-Benz-Premium-SUV-mekanika (8)

Model paling menarik pastinya GLE Coupe yang hadir dalam dua varian iaitu GLE 400 4MATIC Coupe dan GLE 450 AMG 4MATIC Coupe.

Kedua-duanya menggunakan enjin sama, V6 petrol biturbo tetapi dengan talaan berbeza. GLE 400 berkuasa 333hp dan tork 480Nm. Tampil lebih berkuasa, GLE 450 AMG menyediakan kuasa 367hp dan 520Nm tork untuk anda.

Mercedes-Benz GLE Coupé (2014)

GLE 400 berharga RM630,888 dan GLE 450 AMG pula ditawarkan pada harga RM699,888 seunit.

“Pengenalan rangkaian SUV ini melengkapkan lagi tawaran portfolio kenderaan kami. Program CKD untuk model ini akan dilaksanakan bergantung kepada permintaan pasaran tempatan, kumungkinannya memang ada,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, DR. Claus Weidner.

Mercedes-Benz-Premium-SUV-mekanika (6)

Bermula semalam sehingga Ahad (17 Januari 2016), pelanggan yang ingin melihat semua varian baharu SUV Mercedes-Benz secara dekat boleh berkunjung ke Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KL Pac).

Rumah Terbuka Mercedes-Benz SUVs itu akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5.00 petang. Selain sesi pandu uji, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti  Rock Climbing, Bungee Trampoline, Power Cycling and Flying Fox untuk memenangi banyak hadiah menarik!

Google ads
Back to top button