
WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MELAKUKAN BUAT KALI KELIMA MUSIM INI DI CHILE
Pemandu lagenda, Sebastien Ogier berjaya buat kali kelima musim ini untuk meraih kemenangan bergaya untuk perlumbaan ke 11 dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) 2025 di Rally Chile Bio Bío.
Juara WRC lapan kali yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 itu melengkapkan hujung minggu yang luar biasa dengan menewaskan pesaing utama kejuaraan yang juga rakan sepasukan Toyota Gazoo Racing Elfyn Evans dengan hanya kelebihan 11 saat bersama juruarah Vincent Landais. Elfyn Evans sebelumnya telah pun memulakan empat perlumbaan peringkat akhir pada hari Ahad hanya dengan perbezaan 6.3 saat di belakang juga dengan menggunakan jentera yang serupa.

Kemenangan ke-10 untuk pasukan Toyota Gazoo Racing pada musim ini juga membolehkan jenama Jepun itu lebih jauh daripada Hyundai Motorsport, bagi menghampirinya dengan gelaran pengeluar kelima berturut-turut dengan kelebihan 125 mata.
Manakala Adrien Fourmaux yang mendahului pada penghujung hari pertama tetapi akhirnya akur untuk menduduki podium ketiga bagi menjadikan beliau pemandu Hyundai – menamatkan rali di belakang Elfyn Evans sekali gus memberikan beliau kedudukan podium ketiganya tahun ini.

Kemenangan yang diraih Sebastien Ogier di Chile ini juga berjaya mengukuhkan nama Toyota sebagai pengeluar paling berjaya dalam sejarah WRC setakat ini dengan 103 kemenangan. Malah kemenangan Sebastien Ogier ini juga membolehkan pemandu lagenda dari Perancis ini berjaya mendahului pungutan mata bagi pemandu di hadapan Elfyn Evans sekali gus membuka ruang untuk beliau meraih kemenangan WRC buat kali kesembilan.
Sebastien Ogier berjaya membuktikan bahawa kehandalan beliau tidak dapat disangkal lagi walau pun pernah berada di kedudukan kelima sewaktu awal saingan namun perubahan tetapan pada jentera yang dilakukannya membolehkan beliau bangkit terutama ketika akhir saingan untuk mengutip mata maksimum di Super Sunday dan Wolf Power Stage.

Selepas dua aksi rali di benua Amerika Selatan, perlumbaan ke 12 dalam kalendar WRC akan kembali di Eropah dengan perlumbaan Central European Rally pada pertengahan Oktober nanti membabitkan permukaan asfal di Jerman, Austria dan juga Republik Czech.
Kedudukan Pungutan Mata
- Sebastien Ogier – 224 mata
- Elfyn Evans – 222 mata
- Kalle Rovanpera – 203 mata
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MENANG DI PARAGUAY. PELUANG JUARA WRC BUAT KALI KE SEMBILAN MUNCUL LAGI
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MASIH LAGI MENANG DI RALLY ITALIA SARDEGNA


