Buletin

SUZUKI SUMBANG SUZUKI APV

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) baru-baru ini mendermakan sebuah Suzuki APV kepada Sekolah Kebangsaan Sg. Judah (Asli) sebagai sebahagian daripada program Tanggjungjawab Korporat Sosial (CSR) jangka panjangnya. 

SMA Donates Suzuki APV to SK Sg Judah_02

Sekolah Kebangsaan Sg. Judah (Asli) ialah sebuah sekolah kerajaan untuk Orang Asli yang terletak di Pulau carey (kawasan utara Pelabuhan Klang).

Sumbangan itu dilihat sebagai komitmen Suzuki untuk membantu pembangunan komuniti yang lebih berpengetahuan, dinamik dan bermotivasi.

SMA Donates Suzuki APV to SK Sg Judah_01 (1)

“Berpegang kepada DNA Suzuki iaitu ‘Way of Life!’, inisiatif berterusan ini nyata memudahkan pergerakan, selain memberi galakan kepada murid-murid di sekolah SK Sg. Judah agar menghargai pendidikan yang pastinya akan memberi peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Selari dengan penyerahan kenderaan tersebut kepada Guru Besar sekolah, Abd Rahman Ahmad, Suzuki juga memberi penghargaan kepada Nur Sahira Natasha, Nurul Atiqah Shafillah, Fatin Hani Zaharah, Muhammad Yusri, Muhammad Norrizzman dan Joe bin Yusri kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Best UPSR 2013 Results Students with SMA team & SK Sg Judah Teachers_05

Mereka menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai yang pastinya memberi semangat untuk terus bekerja keras dalam pelajaran.

Suzuki Malaysia menjadikan SK Sg. Judah sebagai ‘sekolah angkat’ pada tahun 2012. Sejak itu, SMA terus memberi bantuan kepada sekolah dan pelajarnya. Dalam tempoh dua tahun, SMA telah menaik taraf kemudahan IT, menyediakan televisen LED bagi tujuan pembelajaran interaktif, menganjurkan acara berbuka puasa bersama guru, murid-murid dan ahli keluarga mereka.

SMA juga menawarkan murid-murid pengalaman mengujakan  apabila menjadi pengiring pemain dalam perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup dan memberi anugerah kepada murid yang cemerlang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button