Buletin

SUZUKI SWACE 2023, SISTEM HIBRID 1.8 LITER SELF-CHARGING,138HP, BERMULA RM168K

Suzuki Swace telah dinaik taraf meskipun tidak begitu besar dan masih menyerupai Toyota Corolla Touring Sports. Ia akan dikuasakan hibrid lebih berkuasa, LED baharu, selain lebih banyak teknologi di dalam kabin.

Di bahagian luar, perubahannya tidak terlalu ketara. Kita hanya boleh melihat secara jelas grafik LED yang direka semula untuk lampu depan dan kemasa krom baharu pada bahagian bawah bampar belakang.

Pada ruang kabin pula, Suzuki Swace 2023 disertakan dengan kluster instrumen digital baharu iaitu skrin 7 inci serta skrin sentuh 8 inci yang dikemas kini untuk infotainmen.

Perubahan lain termasuklah butang fizikal pada bahagian sisi yang tidak lagi disertakan, tetapi ia masih mengekalkan butang fizikal untuk tombol kawalan audio.

Barangkali, pembeli mungkin boleh mempertimbangkan ruang kargo yang lebih besar iaitu 1,606 liter serta tempat duduk belakang boleh dilipat. Untuk perbandingan, Suzuki Swace sebelum ini hanya mempunyai ruang kargo 596 liter.

Swace 2023 boleh didapati dalam dua trim dengan model spesifikasi asas didatangkan secara standard dengan instrumen digital, tempat duduk bersama ciri pemanas, kawalan iklim automatik, roda aloi 16 inci, lampu belakang LED dan pakej ADAS.

Terdapat juga lampu dwi-LED, pad pengecasan tanpa wayar, pencahayaan ambien serta ADAS lebih canggih. Ia merangkumi ciri all-speed Dynamic Radar Cruise Control dan Blind Spot Monitoring system yang telah dinaik taraf dengan tambahan Safe Exit Assist.

Perubahan paling penting untuk Suzuki Swace 2023 ialah sistem hibrid 1.8 liter self-charging yang menghamburkan kuasa 138hp, naik sebanyak 18hp.

Kuasa disalurkan ke gandar hadapan melalui kotak gear eCVT dan ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 9.4 saat, manakala kelajuan tertinggi kekal pada 180km/j.

Suzuki Swace 2023 sudah tersedia di Belanda pada harga AS$39,378 (RM168,124) untuk spesifikasi asas dan AS$41,578 (RM177,517) untuk varian lebih tinggi. Jentera itu sebenarnya AS$3,800 (RM16,224) lebih mahal berbanding model sebelum.

Google ads
Back to top button