
SUZUKI JIMNY LIMA PINTU BAKAL DEBUT 13 JANUARI 2023
Suzuki dilapor akan melancarkan model SUV off-road Jimny versi lima pintu pada bulan Januari tahun depan.
Menurut laman web Motor1, Jimny versi lima pintu itu mempunyai dimensi 300 mm lebih panjang berbanding Jimny tiga pintu, namun masih lagi mengekalkan dimensi ketinggian dan lebar yang hampir serupa.
Dengan penambahan dimensi tersebut, pembeli dan peminat Jimny boleh mendapat ruang kabin dan ruang kaki yang lebih luas, menjadikannya jauh lebih praktikal berbanding model Jimny tiga pintu.
Sementara itu, laman web Best Car Web melaporkan Jimny lima pintu ini akan mendapat tetapan trenkuasa hibrid.
Difahamkan, motor elektrik yang dipadankan itu mampu menghasilkan kuasa ekstra 33 hp dan 60 Nm.
Suzuki Jimny lima pintu ini akan muncul secara rasmi pada tanggal 13 Januari 2023 bertempat di acara Auto Expo. – Best Car Web via Motor1