Buletin

SUZUKI SWIFT SPORT BAHARU, 870kg – NISBAH BERAT-KUASA LEBIH BAIK DRPD TOYOTA GT86!

Pengurangan berat memang penting terutama bagi kereta yang berorientasikan prestasi. Antara kereta sports ‘rakyat’ yang popular ialah Suzuki Swift Sport. Ia menjadi antara pilihan kerana harganya yang murah, selain mampu menawarkan pengendalian cukup mantap.

Kereta kompak generasi baru itu sudahpun dijual di pasaran Jepun pada Disember tahun lalu. Kini, timbul laporan bahawa versi Swift Sport tampil lebih ringan. Malah ia dikatakan mempunyai nisbah berat-kuasa yang lebih baik berbanding Toyota GT86. Biar betul?

Memetik laporan cartrottle.com, Swift Sport baharu itu hanya seberat 870kg, lebih ringan daripada model kompak Volkswagen Up. Sebagai perbandingan, Swift Sport sebelum ini mempunyai berat 1,045kg (kurang 175kg). Banyak tu.

Ia kemudian akan dijana oleh enjin pengecas turbo bersesaran 1.4 liter dengan kuasa 138bhp dan tork 220Nm. Maknanya, Swift Sport memiliki nisbah berat-kuasa 159bhp bagi setiap tan. Biarpun begitu, tidak dapat dipastikan kotak gear apakah bakal dipadankan dengan enjin yang turut digunakan pada SUV Vitara S itu.

Gabungan badan yang ringan dan rangkaian kuasa tersebut membolehkan Swift Sport memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang sembilan saat. Kelajuan maksimumnya didakwa mampu mencecah 200km/j!

Seperti yang boleh dijangka, versi itu tampil lebih sporty berbanding model standard. Ia dipasang dengan corong pengambilan udara lebih besar pada bampar hadapan, arca roda lebar, spoiler bumbung dan paip ekzos berkembar.

Walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi, Swift Sport baharu dijangka diperkenalkan pada hujung tahun ini. Kita hanya mampu berhuhu sahaja lah…

p/s: gambar Swift Sport memang belum ada. Ini ialah gambar Suzuki Swift 2017.

BACA: SUZUKI PAMER SWIFT BAHARU DENGAN LIVERY MOTOGP DI TOKYO AUTO SALON

BACA: SUZUKI SWIFT 2017 – PROTON TAK MAU REBADGE YANG INI?

GALERI

 

Google ads
Back to top button