Buletin

INI MEMANG ANEH – KIA STINGER TIDAK AKAN DIJUAL SEBAGAI KIA DI KOREA

Dunia sedang menanti kehadiran kereta Kia paling agung pernah dibuat. Stinger adalah model Kia paling moden Kia berprestasi tinggi yang merupakan penanda aras baru bagi pembuat kereta dari Korea Selatan itu.

Walaupun memakai lencana Kia ketika Kia Motors America (KMA) melakukan debut global Kia Stinger pada acara North American International Auto Show 2017, anehnya, ia tidak akan dikenali dengan Kia di Negara asalnya, Korea.

Tapi kenapa? Tiada jawapan yang diberikan. Namun industri berpendapat, pasaran domestik Korea sudah mengenali Stinger sebagai model berprestasi Kia dan ia mungkin akan menggunakan lencana berbeza.

Stinger dijana oleh dua pilihan enjin. Enjin 2.0 liter empat silinder Theta II dengan sistem pengecas turbo mampu menghasilkan kuasa 255hp dan tork 494Nm yang mampu diperah bermula dari1,400-4,000rpm.

Selain itu, ia turut diberi pilihan dengan enjin V6 Lambda II bersesaran 3.3 liter yang berkuasa 365hp dan tork 494Nm. Kia mendakwa Stinger dengan enjin ini berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 5.1 saat dan kelajuan maksimum 269km/j.

Di pasaran global, Stinger akan tetap dikenali sebagai Kia Stinger. Lencana berbeza hanya untuk pasaran Korea Selatan sahaja.

BACA: DEBUT DUNIA FASTBACK SPORT SEDAN KIA STINGER

BACA: NAZA KIA LANCAR GRAND CARNIVAL, DARI RM153K

 

 

 

 

Google ads
Back to top button