
Ini mungkin sesuatu yang aneh, bila Harley Davidson mengumumkan bahawa mereka ingin menyertai pasaran motosikal adventur. Ya. lebih tepat lagi mereka sudahpun memberi tarikh pelancarannya pada dua tahun lagi – 2020.
Ini adalah pengumuman berani Harley menongkah arus membuat motosikal yang tak pernah dibayangkan oleh pengasas syarikat ini. Sebagaimana Harley V-Rod pertama kali menjadi dragster dan enjin sejukan cecair, ini juga menjadi titik permulaan kepada pasaran Harley yang lebih luas.
Ia mungkin akan dikritik hebat oleh peminat Harley. Tapi Harley peduli apa nak berniaga kena ketepikan falsafah. Kalau Porsche boleh buat SUV mana tahu satu hari nanti Harley pun buat skuter.
Motosikal ini diberi nama Pan America. Melihat kepada prototaip yang dipamerkan, ia dipasangkan dengan enjin V-Twin dengan kecondongan sekitar 60 darjah.
Model prototaip ini dilengkapi enjin terbesa iaitu 1,250cc dan menurut Harley, asas pada model ini bermula dari enjin 500cc dengan pilihan dua transmisi dan bakal mencadangkan dua pemacu samada shaft atau talisawat/rantai. Tidak mustahil juga, motosikal ini dilengkapi transmisi semi automatik.
Ia juga dilengkapi suspensi hadapan teleskopik USD serta brek Brembo.
Tapi yang mungkin paling aneh ialah “muka” hadapan motosikal ini yang kelihatan pelik. Ya. Mungkin Harley mahu terus mencuba kekalkan imej dan tradisi motosikal mereka.
Tapi. pada kami, ia tetap pelik.
GALERI