" "
Buletin

SYARIKAT KAPAL MV WERFTEN FAIL BANKRAP, KERAJAAN JERMAN SALAHKAN GENTING GROUP

Jerman menyifatkan kebankrapan perniagaan pembinaan kapal yang dimiliki oleh Genting Group sebagai kesilapan konglomerat itu sendiri yang enggan menyumbang kepada pelan bailout kerajaan.   

Syarikat pembinaan kapal MV Werften yang berpangkalan di utara Jerman dan dibeli oleh Genting pada tahun 2016 itu memfailkan perlindungan bankrap pada Isnin lalu. Perkembangan itu berlaku selepas ia berdepan masalah kewangan untuk membina sebuah kapal persiaran berskala besar.

Kerajaan Jerman sebelum ini menyatakan pihaknya mahu berunding berkenaan pelan bailout bernilai 600 juta euro (RM2.87 bilion) yang akan melindungi 1,900 orang pekerja.

Namun, pegawai kerajaan menegaskan bahawa mereka mahu Genting yang majoritinya dimiliki oleh bilionair  Lim Kok Thay, menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pelan tersebut.  

“Kerajaan Jerman telah melakukan segalanya untuk menghalang insolvensi MV Werften, sekali gus menyelamatkan para pekerja. Malangnya, mereka menolak tawaran kami dan hasilnya ia memfailkan kebankrapan,” kata Menteri Kewangan Jerman, Robert Habeck.

Hebeck mengakui ini merupakan berita sedih buat para pekerja yang tinggal di wilayah miskin Pomerania.

Beliau juga memberitahu kerajaan persekutuan dan negeri akan terus berbincang mengenai masa depan syarikat kapal itu.

Genting Hong Kong yang merupakan sebahagian dari Genting Group mengalami masalah kewangan dalam perniagaan perkapalannya berikutan penularan Covid-19 di seluruh dunia. – AP

Google ads
Back to top button