
JUALAN MOTOSIKAL 2021 LAKU KERAS DI AUSTRALIA DAN UK
Biarpun, berdepan pandemik Covid-19, tahun 2021 memperlihatkan jualan motosikal mencatatkan kejayaan.
Pengeluar seperti Ducati, telah mencatatkan rekod jualan tahunan tertinggi malah negara Jepun menghantar paling banyak unit motosikal sejak 23 tahun lalu.
Terbaharu, United Kingdom (UK) dan Australia dilaporkan mencatatkan jualan tinggi pada tahun lalu.
Di UK, jualan motosikal dan skuter tidak terkecuali mencatat peningkatan kepada 114,371 unit sekali gus melakar jualan tahunan terbaik kenderaan dua roda itu sejak tahun 1996.
Angka berkenaan diramal melebihi angka jualan tahun 2020 sebanyak 9.3 peratus malah mencatat peningkatan prestasi pra-pandemik dengan mengatasi statistic jualan 2019 sebanyak 6.5 peratus.
Jentera naked mewakili jualan tertinggi sebanyak 24,398 unit tetapi motosikal adventure mencatatkan peningkatan sebanyak 19.6 peratus dengan 19,761 unit.
Moden klasik turut menjadi pilihan pengguna dengan 10,717 unit terjual membawa kepada pertumbuhan 10.7 peartus dalam seckor itu.
Perkembangan zon udara bersih, khidmat penghantaran dan pengangkutan menjadikan model 51 sehingga 125cc mencatat prestasi terbaik dengan jualan mencecah 40,664 unit.
Dalam pada itu, Australia pula mencatatkan pembelian sebanyak 95,209 unit motosikal dan skuter.
Model off-road dijual sebanyak 53,118 unit dengan Honda CRF50 dan CRF110 mendahului kategori enjin kapasiti kecil.
Jentera Yamaha YZ2250F dan WR450F pula menjadi pilihan dalam kategori motosikal berkapasiti tinggi.
Selain itu, jentera off-road, KTM, Kawasaki dan Suzuki turut mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu. –ridepart