Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – APA PASAL SEMPUT SANGAT NI SYM SPORT RIDER OI?

Di pasaran moped, jenama SYM ini barangkali tidaklah popular. Tapi tidaklah popular langsung. Rasanya SYM Bonus tu semua orang kenal. Tapi mereka juga punya sebuah FI yang tidak kurang popular juga, SYM Sport Rider 125i ini sebetulnya sebuah motor yang bagus jugalah sebenarnya. Rekabentuknya menepati selera peminat motor tempatan. Enjinnya pun tidaklah lemau sangat. Dengan suntikan bahan api, sudah tentu penggunaan petrolnya boleh dikatakan agak menjimatkan juga.

Tapi kebagusan SYM Sport Rider 125i tercemar dengan isu ‘semput’. Semput sesemputnya. Tapi bukan setakat motor je semput, ni pakej sekali dengan tuan dia pun semput juga. Sabar sahajalah. Nak tahu semput ke tidak, jom baca artikel sembang santai ni.

SR125i : Hi Bang BK. Jauh menung. Ingat makwe lama lettew..

BK : Maunya tak jauh menung. Aku ni tengah susah hati pasal kau lah.

SR125i : Kenapa ni Bang BK. Cuba kasi story sikit.

BK : Hmm..cuba kau jelaskan. Apa pasal lah kau ni senang sangat semput? Kesian tahu tak kepada pengguna. Ada yang pakai tak sampai setahun dah kena penyakit semput ni.

SR125i : Ala Bang BK ni. Macam mana tah saya nak jawab ni. Berat sangat untuk jawab.

BK : Cuba kau berterus terang. Takkan la setiap kali semput ni datang nak kena tukar Fuel Pump satu set? Kau ingat pembeli ni banyak sangat duit nak melayan kerenah semput kau?

SR125 : Ala. Motor under warranty kan boleh hantar pergi SC. Pergi jela tukar yang baru.

BK : Amboi. Kemain sedap mulut kau berkata – kata. Apa, kau ingat pergi SC terus boleh tukar? Nak kena booking appoinment dulu tahu tak? Aku pernah tanya dekat dua minggu baru boleh dapat date untuk check sahaja. Lepas tu motor dah tentu kena tinggal entah berapa hari pula.

SR125i : Eh! Iya ke? Hehehehe.

BK : Itulah kau. Cakap memang senang. Tapi yang azabnya kita orang ni yang tanggung. Motor tersadai. Masa terbuang. Kepala pun serabut.

SR125i : Sorry la bang. Sorry. Saya tak ada niat pun nak bagi sakit hati. So, Bang BK nak tukar Fuel Pump ke macam mana ni?

BK : Ikut kata Pomen dia suruh servis injector dengan Fuel Pump je dulu. Tengok macam mana. Ni semput kali kedua jadi selepas aku tukar Fuel Pump tahun lepas.

SR125i : Saya rasalah kan. Semput tu macam akan jadi balik je lepas ni. Setakat tembak angin, kejap je tu. Cuba Bang BK check tank. Tengok ada keladak tak? Lepas tu check juga pelampung. Mana tahu, itu punca yang menyebabkan Fuel Pump ni cepat sangat ‘kong’ dan tersumbat.

BK : Dah tu, nak kena buat apa?

SR125i : Kalau pelampung itu puncanya, memang kena buang ganti barulah Bang BK. Tapi Fuel Pump itu pun kena ganti jugalah. Iyalah, tersumbat teruk dah tu. Tak guna setakat Bang BK ‘ejas tepet’ ke apa lepas ni. Tapi jangan lupa check juga bateri. Kot la dah nak kong ke. Maklumlah, motor Fi ni kan manja sikit. Bateri lemah pun boleh jadi punca motor semput juga.

BK : Baiklah. Mujur kau bagi cadangan yang bernas juga. Kalau tidak, memang aku curah petrol dah. Sakit hati juga ni.

SR125i : Ala Bang BK ni. Cuba bawa istigfar. Jangan emo sangat. Dah. Dah. Pergi bayar upah tu dulu. Pomen panggil dah tu siap dah.

BK : Baiklah. Aku nak pergi bayar dulu. Harap – harap kau dah eloklah ya. Aku ni nak tunggang kau hari – hari pergi balik kerja. Tolonglah jangan semput lagi ya.

SR125i : Insya Allah Bang BK. Moga sihatlah saya hendaknya. Amin.

BACA : TUNGGANG UJI – SYM SPORT RIDER 125i

BACA : WARNA DAN GRAFIK BARU SYM SPORT RIDER 125i

Google ads

B K

"
"
Back to top button