
Ini kedengarannya agak aneh di pasaran Vietnam di mana motosikal moped Sym SR170cc yang kita kenali sebagai VF3i 185cc didatangkan dengan sistem brek hadapan satu hala ABS (brek anti kunci).
Terdahulu pada Disember lalu, Sym Vietnam telah melancarkan varian berbeza dengan Malaysia di mana di negara tersebut, enjin telah dikecilkan kepada 170cc berbanding 185cc untuk pasaran Malaysia
Ketika era super moped memilih enjin satu selinder sejukan cecair berkapasiti 150cc dengan kuasa sekitar 15hp, Sym tampil berani dengan enjin 183cc 17.7hp untuk pasaran Malaysia menerusi model VF3i.

Model yang sama turut dijual di pasaran Singapura dengan spesifikasi sama dengan Malaysia. Ia cuma berbeza dari segi skema warna dan jaluran liveri.
Namun untuk Vietnam ia didatangkan dengan enjin lebih kecil 174.5cc dengan kuasa sekitar 15hp. Pun begitu agak luar biasa kerana Vietnam mendapat sistem brek anti kunci (ABS) untuk roda hadapan.

Ia merupakan pertama seumpamanya bagi sebuah moped dan pembuat dari Taiwan ini menggunakan sistem brek ABS dari Bosch. Bukan cap ayam juga lah.
Dan itu juga mungkin menyebabkan harganya jadi lebih mahal berbanding di Malaysia. Sym SR 170 dijual pada harga 49.9 juta Dong atau RM8,950 sedangkan di Malaysia, VF3i bermula pada harga RM7,988.
Apalagi perbezaan antara SR170 Vietnam dan VF3i Malaysia? Tiada. melainkan kemasan warna dan pelekat badan sahaja. Lain-lain spesifikasi seperti tangki minyak, lampu LED, DRL, suspensi, meter digital, semuanya sama.

Sistem ABS satu-satunya daya penarik yang besar untuk pasaran sana yang dikuasai oleh Honda dan Yamaha. Kerana itu kami percaya bahawa Sym Vietnam perlukan sesuatu untuk menjadikan spesifikasi motosikal mereka boleh bersaing dengan liga yang sangat kompetitif di sana.
- BACA: PERANG KAPCAI 4 JENAMA
- BACA: SYM VF3i DILANCARKAN. RM7,988
- BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA Y15ZR
- BACA: TUNGGANG UJI HONDA RS150R
- BACA: RAHSIA MODIFIKASI Y15ZR ARRC HELMI
GALERI