Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA BAHAWA HONDA NSX TYPE S CUMA ADA 209 UNIT DI DUNIA – KIRA RARE TAK NI?

Sudah tentu peminat kereta-kereta JDM dah kenal sangat dengan Honda NSX. Tak kiralah NSX-R ke NSX Type R ke? Tapi mungkin ramai tak tahu yang Honda juga pernah mengeluarkan NSX Type S yang agak terhad jumlahnya.

Ia merupakan model JDM ekslusif yang dikeluarkan dari tahun 1997 hingga 2001 dan direka agar lebih sporty dari NSX standard tetapi tidak terlalu hardcore seperti varian Type-R. Antara ciri unik Type S ini ialah tombol gear titanium, roda stereng MOMO ala-Zagato, spoiler belakang dan rim aluminium BBS yang cukup ringan.

Beberapa ciri NSX-R juga dipasang pada Type S untuk mengurangkan berat antaranya termasuklah cermin belakang, tempat duduk Recaro karbon/Kevlar, penutup enjin, bateri lebih ringan selain stereng rak dan pinan manual. Ia juga turut dilengkapi dengan penyerap hentak hadapan yang lebih keras selain bar anti oleng belakang yang lebih besar.

Satu video terbaru yang dimuatnaik oleh Honda Collection Hall di Jepun menunjukkan sebuah Honda NSX Type S berwarna oren dalam keadaan terbaiknya di luar kawasan muzium. Walaupun sejarah asal kereta ini tidak diketahui tapi dilihat dari keadaannya, jelas sekali ia memang sentiasa menerima penjagaan rapi daripada pemilik sebelumnya.

Bahagian dalam nampak tidak kurang elegan dengan kemasan kulit warna hitam selain sentuhan tona oren di sana sini termasuk panel pintu sebagai penyeri.

Rupa-rupanya model ini memang rare kerana cuma 209 unit Type S dihasilkan Honda selama tempoh pengeluarannya. Jadi sudah tentu nilainya akan sentiasa meningkat kalangan pengumpul. Kenapa ayah kita dulu bukannya pengerusi Megah Holding International dengan 250,000 pekerja dalam dan luar negara.

Tags
Google ads
Back to top button