Buletin

LEWIS HAMILTON JUARA GP HUNGARY. SAMAI REKOD SCHUMACHER

Juara enam kali, Lewis Hamilton menyamai satu daripada rekod Michael Schumacher apabila menjadi pemandu pertama melengkapkan kejayaan hatrik di Grand Prix Hungary.

Pemandu pasukan Mercedes-AMG itu yang menang di Hungaroring pada 2018 dan 2019, menambah kejayaan keseluruhan di Hungary kepada lapan.

Ia sekali gus menyamai lapan kemenangan Schumacher di Grand Prix Perancis, terbanyak dalam satu-satu perlumbaan.

Hamilton mengawal perlumbaan sejak awal untuk mencipta kemenangan ke-86, kurang lima berbanding rekod Schumacher – 91.

Bahkan, dia berjaya memperoleh mata bonus pada pusingan ke-70 dan akhir dalam perlumbaan kali ini.

Rakan sepasukannya, Valtteri Bottas terpaksa akur di tempat ketiga selepas gagal memintas pelumba Red Bull, Max Verstappen yang menduduki tempat kedua. – agensi

Tags
Google ads
Back to top button