Buletin

TAHUKAH ANDA NISSAN ALMERA (VERSA) MASIH DIJUAL DI AS

Baru-baru ini kami ada siarkan tentang Nissan Almera Black Series. Ini bukan varian biasa-biasa kerana kita badannya dari jenama Tomei Jepun. Edaran Tan Chong Motor sentiasa memberikan perhatian kepada aksesori model keluarannya dan kita boleh lihat melalui pelbagai jenama seperti Impul dan NISMO.

Walaupun mempunyai tawaran menarik dan moden seperti Serena Hybrid, ETCM masih mengekalkan model lama seperti Almera dan Grand Livina. Strategi ini kerap menjadi isu apabila meneliti komen-komen dalam platform media sosial kami.

Hakikatnya ialah ia adalah praktis antarabangsa. Almera adalah model global dan buktinya ia masih dijual di Amerika Syarikat. Cuma Nissan memasarkannya dengan nama Versa dan mempunyai satu lagi jenis badan iaitu Versa Note hatchback.

Jika ada yang bertanya apa jadi kepada Latio sedan dan hatchback yang dipasarkan sebelum ini, jawapannya ialah ia hadir dalam bentuk baharu iaitu Versa dan Versa Note.

Memasarkan sesebuah model di AS bukan suatu perkara mudah, pelbagai undang-undang perlu dipatuhi dan terdedah kepada saman pengguna jika ada sesuatu yang tidak kena walaupun selepas bertahun dimiliki.

Tabik kepada Nissan kerana berjaya mengekalkan Versa di AS dan ia sebenarnya alternatif menjimatkan kepada pengguna di sana.

Sama seperti ETCM di negara kita, Nissan tidak membiarkan sahaja Versa tanpa apa-apa perubahan. Untuk model 2019, Nissan USA telah menaiktaraf Versa supaya kekal relevan.

Di antara naik taraf baharu ialah RearView Monitor kini standard untuk semua varian dan sistem audio yang terdiri daripada skrin sesentuh berwarna tujuh inci, empat pembesar suara, fungsi Bluetooth®, Siri® Eyes Free, slot USB untuk iPod® dan slot Aux.

Selain varian Versa Sedan S seperti di atas, Nissan turut menaik taraf SV Special Edition seperti berikut:

  • Roda aloi 15 inci
  • Lampu kabus dan bahagian depan kemasan krom
  • Stereng balutan kulit
  • Emblem Special Edition
  • Nissan Intelligent Key® dengan butang penghidup
  • Sistem Nissan Vehicle Immobilizer
  • Easy Fill Tire Alert
  • NissanConnectSM dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, Radio Satelit SiriusXM® Satellite Radio, Sistem Telefon Bebas Tangan Bluetooth® dan Pesanan Teks Bebas Tangan

Nissan USA memasarkan Versa Sedan 1.6 liter pada harga disyorkan USD 12,360 / RM 51,814 ( 5 MT) hingga USD 15,990 /  RM 67,028 (SV Xtronic). Harga ini betul-betul murah untuk sebuah kenderaan baharu di AS dengan kadar pendapatan rakyat di sana.

BACA: NISSAN LEAF BAKAL DIJUAL DI MALAYSIA? ADA YANG BERMINAT?

BACA: NISSAN R390 GT1 – INI LAH DATUK KEPADA SKYLINE DAN GT-R.

*1 USD = RM 4.19

Kredit foto: Nissan

Google ads
Back to top button