Buletin

PAKEJ PERJALANAN RM1 TANPA HAD MY30 BOLEH DINIKMATI 15 JUN INI

Pengguna MRT, LRT, monorel, BRT dan bas henti-henti Rapid KL bakal menikmati kemudahan kad perjalanan tanpa had My30, yang menawarkan perjalanan tanpa had RM30 untuk tempoh 30 hari bermula Isnin ini (15 Jun).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Muhammad Nizam Alias dalam berkata pakej eksklusif untuk rakyat Malaysia itu boleh didaftar mulai Isnin di semua 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan lima hab bas di Pasar Seni, Seksyen 2, Shah Alam, Greenwood, Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing. 

“Pakej My30 yang menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My100 dan My50, adalah sah bagi tempoh enam bulan dari 15 Jun hingga akhir Disember. Ia merupakan inisiatif yang cukup bijaksana daripada kerajaan dalam menjana semula ekonomi negara yang amat terkesan daripada penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Rapid KL.

“Sejurus selepas berakhir promosi untuk My30 ini, pakej-pakej My100 dan My50 akan dijual semula mulai 1 Januari 2021.

“Pihak pengurusan Prasarana sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat dan ternyata pakej My30 menawarkan penjimatan yang jauh lebih hebat,” katanya.

Pengguna Rapid KL boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pas My30 daripada kakitangan Rapid KL di stesen rel atau hab bas. Selain itu, mereka juga boleh melayari media sosial Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my.

Tags
Google ads
Back to top button