Buletin

PINTU TREN LRT TERBUKA KETIKA BERGERAK, PRASARANA MOHON MAAF

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai selepas pintu Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rapid KL, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” jelasnya.

Semasa kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button