Buletin

TOYOTA GO 2017 – BAWAKAN MODEL TERBAHARU TOYOTA KE SELURUH NEGARA

UMW Toyota Motor memulakan suku kedua tahun 2017dengan karnival untuk membawakan produknya lebih dekat kepada pelanggan di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Dikenali sebagai TOYOTA GO 2017, ia akan diadakan sepanjang April dan Mei di lokasi-lokasi berikut:

Pengunjung TOYOTA GO 2017 boleh melihat secara dekat dan memandu uji model-model Toyota. Tawaran eksklusif untuk tempahan yang dibuat di acara tersevbut juga disediakan.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti sukan bermotor yang bakal dianjurkan oleh UMW Toyota Motor. Model khas untuk perlumbaan Vios Challenge dalam acara TOYOTA GAZOO Racing – Racing Festival Malaysia yang dijadual pada Ogos ada dipamerkan.

TOYOTA GO 2017 bukan sekadar pameran dan menawarkan perkhidmatan nilai tambah daripada Toyota, malah ia sesuai untuk seisi keluarga. Di beberapa lokasi terpilih, terdapat persembahan daripada artis dan anda boleh menonton filem di tempat terbuka.

Maklumat lanjut mengenai TOYOTA GO 2017, layari laman web: toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button