Buletin

TAN CHONG HILANG HAK IMPORT/EDAR KENDERAAN NISSAN DI VIETNAM

Nissan Motor Co Ltd dilapor telah mengeluarkan satu notis yang membatalkan kerjasama (JV) dengan Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) sebagai pengimport dan pengedar kenderaan serta alat ganti Nissan di Vietnam.

Memetik laporan Bernama, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, TCMH memberitahu notis tersebut berkuat kuasa mulai 9 Disember 2018. Sementara perjanjian JV yang bertarikh 22 September 2010 akan ditamatkan pada 10 September 2019.

Pada tahun 2010, anak syarikat milik penuh TCMH, ETCM (V) Pte Ltd menguasai 74 peratus saham dalam syarikat JV, Nissan Vietnam Co Ltd, daripada Kjaer Group A/S. Manakala Nissan memegang 26 peratus modalnya.

Syarikat kerjasama itu diberi hak eksklusif untuk mengimport, mengedar dan menjual semula kenderaan Nissan serta alat ganti di Vietnam selama 30 tahun bermula November 2008.

Sehingga kini, TCMH yang merupakan pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia tidak memberi sebarang penjelasan terhadap penamatan tersebut. Ia bagaimanapun menjalaskan perkembangan terbaharu itu tidak memberi kesan signifikan ke atas kewangan dan operasi kumpulan untuk tahun kewangan sekarang.

“Biarpun begitu, Edaran Tan Chong Motor terbuka untuk apa jua perbincangan dengan Nissan Motor bagi meneroka penyelesaian dan peluang perniagaan baru demi kebaikan bersama di Vietnam,” jelasnya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button