
TUGAS BERAT MENANTI AHTV DI TANJONG MALIM
DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) semalam telah melancarkan pelan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim. Ia menandakan permulaan penting bagi projek mega berimpak tinggi yang dijangka merancakkan industri automotif negara.
Memberi penekanan terhadap sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global iaitu elektrifikasi, kepintaran buatan (AI), teknologi autonomi dan ketersambungan termaju, AHTV dijangka menjadi hab industri automotif bagi rantau ASEAN.
Majlis pelancaran AHTV disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Raja Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.
Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Wan Zulkiflee WanAriffin dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar juga hadir.
Pembangunan AHTV bertujuan untuk mengadaptasi perubahan landskap industri automotif Malaysia dengan menampilkan ekosistem bersepadu yang akan menjadi pemangkin dalam merangsang semula sektor automotif domestik, selari dengan hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP) 2020.
Ini bagi memastikan bahawa Industri automotif Malaysia terus berkembang dan setanding dengan negara-negara jiran.
Dengan wujudnya sistem, infrastruktur dan sokongan daripada pemegang taruh yang betul, AHTV akan berada di landasan yang betul untuk menarik pelaburan daripada pemain industri di rantau ini. Seterusnya memacu pertumbuhan dan keupayaan industri automotif tempatan.
- BACA: JUALAN PROTON TERUS PULIH BULAN LALU. CATAT JUALAN 13,028 UNIT
- BACA: PELUANG LANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI AUTOMOTIF DRB-HICOM
- BACA: DRB-HICOM CATAT UNTUNG PRA-CUKAI RM540.1 JUTA BAGI TAHUN 2020. SEKTOR AUTOMOTIF PENYUMBANG UTAMA
- BACA: DRB-HICOM LABUR RM32 BILION BANGUNKAN AUTOMOTIVE HIGH-TECHNOLOGY VALLEY DI PROTON CITY