
DRB-HICOM LABUR RM32 BILION BANGUNKAN AUTOMOTIVE HIGH-TECHNOLOGY VALLEY DI PROTON CITY
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion oleh DRB-HICOM bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaburan baharu itu bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunannya serta 161,000 sepanjang fasa ia operasi.
Sepanjang tahun 2021, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mencatatkan prestasi yang semakin baik.
“Sebagai contoh, Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM48.6 bilion pada 2021 berbanding kerugian RM1.137 bilion pada 2020.
“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula mengagihkan dividen sebanyak 6.1 peratus dan Lembaga Tabung Angkasa Tentera sebanyak 4.1 peratus. Kedua-dua dividen ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018,” katanya ketika sesi penggulungan naib presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021. – Bernama
- BACA: PROTON SAGA 2019. KOTAK GEAR BARU. SPEC LEBIH BAIK, HARGA LAGI MURAH!
- BACA: MOTOR “LEJEN” MODENAS KRISS 110 DILANCARKAN. CUMA RM3,377.00!
- BACA: 4 NEGARA DIJANGKA BERSAING REBUT TENDER 400 KERETA PERISAI 6X6
- BACA: DRB-HICOM CATAT UNTUNG PRA-CUKAI RM540.1 JUTA BAGI TAHUN 2020. SEKTOR AUTOMOTIF PENYUMBANG UTAMA








