Buletin

TANGISAN LELAKI SINGAPURA, TERPAKSA LEPASKAN KERETA KESAYANGAN SELEPAS 10 TAHUN

Tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki di Singapura menangis selepas terpaksa melepaskan kereta kesayangannya.

Video yang dirakam oleh isterinya benar-benar menyentuh hati ramai pencinta kereta dan memahami kesukaran memiliki kenderaan di Singapura.

Pasangannya menulis, “Hati saya hancur melihat dia menangis. Tetapi inilah realiti memiliki kereta di Singapura.”

Bagi yang tidak biasa dengan undang-undang pemilikan kereta di Singapura, setiap kereta hanya boleh digunakan selama 10 tahun melainkan Sijil Hak Pemilikan (COE) diperbaharui.

Di ruangan komen, netizen turut berkongsi rasa simpati terhadap lelaki tersebut.

Seorang pengguna menulis, “Saya dapat rasa penderitaan dia. Saya pun pernah terpaksa melepaskan Acura TSX 2004 dan saya menangis selama beberapa hari kerana itu kereta pertama yang saya beli dengan duit saya sendiri.”

Seorang lagi berkongsi fakta mengenai undang-undang pemilikan kereta di Singapura, “Di SG, anda tidak boleh menyimpan kereta lebih daripada 10 tahun. Anda boleh, tapi anda kena bayar SGD$100k (RM329,298) untuk memperbaharui COE serta pelbagai cukai lain.”

Komen lain, “Kami tak boleh jual kereta lama ke luar negara kerana Singapura telah mengharamkan eksport kereta lama ke negara lain.”

Video ini mendapat perhatian ramai, terutama dari kalangan peminat kereta yang memahami kenangan yang terjalin antara pemilik dan kenderaan mereka. – World of Buzz

Google ads
Back to top button