
NIKMATI DISKAUN SEHINGGA RM15K, HADIAH MENARIK DAN HAMPER RAYA DI PAMERAN KERETA TERPAKAI TERBUKA GOCAR CUBA BELI
GoCar Cuba Beli mengajak anda untuk menghadiri pameran kereta terpakai terbuka yang akan berlangsung di Jalan Putra, Lot92 pada 9 hingga 10 Mac 2024, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Paling menarik, acara ini memberi peluang kepada anda mendapat potongan harga sehingga RM15,000 ke atas pelbagai model kereta seperti model Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Renault, Mazda, dan lain-lain lagi. Kereta terpakai yang ditawarkan bermula dari RM294 bayaran bulanan.

Bukan itu sahaja, program GoCar Cuba Beli menawarkan servis percuma selama 1 tahun mengunakkan minyak enjin berkualiti TotalEnergies, lanjutan pakej waranti selama 12 bulan, cukai jalan percuma selama setahun, kelulusan pinjaman kereta yang pantas dan mudah.
Pengunjung juga berpeluang menikmati makanan enak dari trak-trak makanan seperti burger, boba serta cuci kereta percuma.

Hadiah menarik lain ditawarkan termasuklah Putar & Menang (Spin & Win) yang membolehkan anda membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM3,000. Jika membuat tempahan, pelanggan pasti akan menerima Hamper Raya!
Jadi, kepada yang berminat dan sedang berkira-kira untuk mendapatkan kereta terpakai baharu yang mampu milik, inilah masanya.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan kereta impian anda dengan pelbagai tawaran menarik!
- BACA: GOCAR MALAYSIA, YINSON GREENTECH TAWAR ORA GOOD CAT MELALUI GOCAR SHARE, SERENDAH RM23.90 SEJAM
- BACA: GOCAR MALAYSIA LANCAR KEMPEN “JOYFUL JOURNEYS: DRIVE INTO THE NEW YEAR WITH PROSPERITY”, TAWAR PELBAGAI HADIAH MENARIK!
- BACA: GOCAR TAWAR PERKHIDMATAN GOVALET SECARA PERCUMA – AMBIL DAN PULANG KERETA PELANGGAN SETELAH SERVIS
- BACA: GOCAR SUBS ELECTRIC TAMBAH MODEL EV BAHARU – PELAN LANGGANAN BERMULA RM120 SEHARI