Buletin

TARIKH PELANCARAN PROTON X70 DIUMUMKAN. SAH DAPAT STATUS EEV

PROTON telah mengumumkan 12 Disember sebagai tarikh pelancaran yang dipilih untuk Proton X70. Akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis dijangka menjadi pengenalan hebat bagi model terbaharu Proton itu di mana Syarikat ingin menamatkan tahun 2018 dengan satu catatan yang tinggi sebelum memulakan 2019 dengan kedudukan yang kukuh.

Pengumuman tarikh pelancaran itu bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan Proton X70. Minggu lepas, PROTON mengumumkan Syarikat telah memperoleh pengiktirafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP, diikuti dengan pengesahan baharu Proton X70 yang diklasifikasikan sebagai kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“PROTON dengan sukacitanya mengumumkan tarikh pelancaran Proton X70 telah ditetapkan pada 12 Disember 2018. Pelbagai usaha telah dilakukan di belakang tabir sehinggalah kepada majlis pelancaran ini kerana kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa model baharu kami akan memberikan titik perubahan besar kepada Syarikat.

Kami juga akan mula menyerahkan kereta kepada pelanggan sejurus selepas pelancaran diadakan agar mereka yang telah memberikan kepercayaan kepada kami dengan membuat tempahan awal, akan diberi ganjaran,” tambah Dr Li Chunrong.

Google ads
Back to top button