Buletin

MENANGI NISSAN ALMERA NISMO DI MY AUTO FEST 2016

Masih belum terlambat untuk anda mengunjungi My Auto Fest 2016 dan memenangi sebuah Nissan Almera 1.5L dengan aerokit NISMO bernilai RM82,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

Nissan-Auto-fest-2016-mekanika (2)

My Auto Fest 2016 berlangsung mulai Jumaat lalu hingga hari ini (20 – 22 Mei 2016) di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC).

Anda hanya perlu mendaftar dan membeli sebuah kenderaan daripada mana-mana syarikat automotif yang mengambil bahagian.

Nissan-Auto-fest-2016-mekanika (4)

Dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), My Auto Fest Kuala Lumpur 2016 merupakan pameran pertama seumpamanya. Ia mempamerkan rangkaian luas kereta, aksesori serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri automotif.

“My Auto Fest 2016 merupakan satu peluang terbaik untuk syarikat automotif meningkatkan kesedaran jenama dan jualan masing-masing, terutama sempena Hari Raya yang bakal tiba. Justeru, ETCM mengambil peluang menyertai acara ini untuk menawarkan pelanggan berpotensi dengan promosi dan rebat yang menarik,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Nissan-Auto-fest-2016-mekanika (7)

ETCM ada mempamerkan barisan model popular Nissan. Pengunjung boleh memandu uji Almera Nismo, Serena S-Hybrid, Nissan X-Trail dan trak pikap NP300 Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4.

Pelanggan yang mengambil bahagian dalam sesi pandu uji juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi perkakasan elektrik SHARP.

Nissan-Auto-fest-2016-mekanika (3)

Bukan itu sahaja, ETCM melancarkan aktiviti “Tempah dan Menang” yang eksklusif. Mereka yang menempah mana-mana kenderaan Nissan sepanjang festival ini mungkin memenangi perkakasan elektrik jenama Sharp dengan nilai keseluruhan mencecah RM30,000.

Ruang pameran dan pandu uji kenderaan Nissan terletak di D5 dan S10. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian: 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button