Buletin

TAWARAN MERDEKA TOYOTA

Sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-57, UMW Toyota Motor menawarkan tawaran hebat ke atas model-model popularnya sepanjang bulan Ogos. 

toyota-merdeka-deal-mekanika (1)

Di samping apa jua tawaran sedia ada, para pelanggan yang membeli Vios (E, G, TRD), Camry, Altis dan Hilux Double Cab layak menerima rebat tunai sebanyak RM2,000.

Pelanggan yang membeli Vios J juga akan menikmati penjimatan dari segi rebat tunai sebanyak RM1,000. Tawaran Merdeka ini sah bermula dari 1 hingga 31 Ogos 2014. Jadi, tunggu apa lagi?

toyota-merdeka-deal-mekanika (5)

Bagi mereka yang mahu memiliki kenderaan lebih besar, rebat bayaran muka menarik ada disediakan untuk model Innova dan Avanza. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati tawaran istimewa jika membeli Alphard dan Previa daripada UMW Toyota Motor.

toyota-merdeka-deal-mekanika (4)

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari Merdeka, UMW Toyota Motor akan menganjurkan pelbagai aktiviti di bilik-bilik pemerannya. Antaranya termasuklah rumah terbuka Hari Raya pada 16 dan 17 Ogos serta acara hujung minggu Merdeka Showroom pada 23-24 Ogos. Hidangan ringan akan disediakan dan pengunjung boleh memandu uji kenderaan yang diminati.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682), kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota atau layari laman web: www.toyota.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button