Buletin

TOYOTA PRIUS PERSONA

Toyota baru-baru ini memperkenalkan varian terbaharu model hibridnya yang dikenali sebagai Prius Persona Series Special Edition. 

Toyota-Prius-Persona-mekanika (2)

Model edisi khas itu hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat mulai September depan.

Antara penambahbaikan pada Prius Persona termasuklah rim aloi bersaiz 17 inci dengan kemasan metalik gelap. Lencana “Persona Series” pada bahagian belakang pula membezakannya dengan model Prius biasa.

Toyota-Prius-Persona-mekanika (6)

Ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan merah, Prius Persona juga didatangkan dengan ciri pemanas pada cermin sisinya.

Toyota-Prius-Persona-mekanika (4)

Ruang kabin hibrid ini dimonopoli oleh kemasan material SofTex® berwarna hitam dengan jahitan berwarna kelabu. Ia dapat dilihat pada stereng dan panel pintu. Untuk tampil lebih mewah, kawasan kaki pemandu dan penumpang hadapan diiluminasi oleh lampu berwarna biru.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button