Motosikal

SCRAMBLER DUCATI

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Ducati pernah menghasilkan scrambler pertamanya pada tahun 1962. 

ducati-scrambler-mekanika (5)

Jentera itu dikatakan direka khas sebagai maklum balas kepada keperluan pasaran Amerika Syarikat. Beberapa tahun kemudian, scrambler itu ditawarkan pula di pasaran Itali dan mendapat sambutan memberangsangkan. 52 tahun kemudian, Ducati akan kembali memperkenalkan scrambler terbaharunya.

ducati-scrambler-mekanika (3)

Bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai jentera tersebut, Ducati telah menghasilkan tiga buah klip video yang dikenali sebagai “Franco & Elvira Story”. Video itu sebenarnya berasaskan kepada kempen pengiklanan sebelum ini di mana Ducati menggunakan kakitangannya sendiri sebagai pelakon.

ducati-scrambler-mekanika (2)

Ketiga-tiga video yang menampilkan karekter-karekter yang dihasil menggunakan tanah liat itu menjadi aspek utama kepada kempen pemasaran model scrambler terbaharunya.

Scrambler tersebut bukanlah replika kepada model terdahulu. Ia telah diberi gayaan moden dan interpretasi yang baru. Buat masa sekarang, anda hanya melihat  imej-imej animasi pada video terbabit.

ducati-scrambler-mekanika (6)

Jentera sebenar akan didedahkan secara rasmi pada acara Intermot yang bakal berlangsung di Cologne, Jerman pada 30 September depan. Ia dijangka mula dijual ke pasaran dunia pada awal tahun 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button