Artikel Pilihan

TAYAR BURUK LEBIH BAIK DARI GUARD RAIL UNTUK LALUAN GRIK JELI?

Selepas beberapa hari kemalangan yang meragut 15 nyawa penuntut institusi pengajian tinggi di jalan raya Grik Jeli (FT4) terdapat beberapa cadangan daripada warga maya agar aspek keselamatan di kawasan kemalangan dapat dipertingkatkan

Antara perkara yang dibangkitkan oleh oleh warga maya ialah penggunaan guard rail yang dikatakan berisiko tinggi sehingga menyebabkan kecederaan. Malah warga maya juga mencadangkan penggunaan tayar terpakai di kawasan selekoh berisiko tinggi yang selalu terjadinya kemalangan

Persoalannya ialah adakah dengan meletakkan tayar terpakai di kawasan selekoh ini adalah satu tindakan yang baik? Asas kepada tindakan ini adalah penggunaan tayar terpakai di litar perlumbaan F1.

Betul, kebanyakan litar yang menganjurkan perlumbaan F1, terutamanya di kawasan luar trek atau di zon pelindung (run-off area), memang ada diletakkan tayar lama yang disusun dalam bentuk longgokan atau tembok. Fungsinya sangat penting dari sudut keselamatan adalah:

1. Menyerap Impak Perlanggaran – Tayar lama berfungsi sebagai bahan penyerap tenaga semasa impak kemalangan. Apabila kereta F1 terbabas dan melanggar tembok tayar ini, tayar akan mengurangkan kadar hentakan berbanding jika ia melanggar tembok konkrit secara terus.

Penggunaan tayar membantu mengurangkan kecederaan kepada pemandu dan juga mengurangkan kerosakan serius pada jentera F1.

2. Mengelakkan Kereta Terhumban ke Kawasan Bahaya – Struktur tayar biasanya disusun rapat atau diikat dengan tali dan dirangka khas. Ia membantu memperlahankan kereta yang terbabas supaya tidak terus meluncur ke arah marshal, penonton, atau kawasan berbahaya lain dan menyebabkan kerosakan yang lebih serius

3. Alternatif Lebih Murah dan Mudah Diurus – Berbanding teknologi pelindung moden seperti TecPro barriers atau SAFER barriers, tayar lama lebih murah dan mudah dipasang atau diganti. Atas sebab inilah ia masih digunakan di banyak litar sokongan atau litar lama.

4. Boleh Digabung dengan Sistem Lain – Kadang-kadang tayar lama disusun di belakang armco barrier atau digabung dengan polystyrene blocks untuk memberikan pelindungan tambahan.

Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, FIA telah mula menggantikan banyak zon tayar lama dengan sistem pelindung moden seperti TecPro disebabkan sistem ini lebih cekap dan stabil. Kelemahan tayar lama sebagai penghadang ialah ia boleh bergerak semasa hentakan kuat dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan kereta terpusing semula ke trek.

Kebanyakan litar moden seperti di Baku, Miami dan Lusail tidak menggunakan tayar lama sebaliknya menggunakan penghadang TecPro yang jauh lebih selamat. Berbeza dengan apa yang diifikirkan oleh warga maya, tayar terpakai tidak boleh disusun sebarangan di jalan raya sekiranya digunakan

Tayar mesti diikat atau disusun dalam modul khas supaya berfungsi dengan betul semasa pelanggaran. Sekiranya tidak diikat mengikut SOP atau disusun dalam modul yang diluluskan maka isu lain akan timbul seperti:

1. Tayar Tercampak Semasa Perlanggaran – kalau tayar hanya disusun tanpa diikat, hentaman dari kereta boleh menyebabkan tayar berterbangan dan menimbulkan situasi bahaya pada pemandu lain di jalan raya terutama pada kereta dan juga penunggang motosukal

    2. Menstabilkan Struktur Penahan -tayar yang diikat akan menyerap tenaga hentaman secara lebih terkawal dan sekata, dan tidak menyebabkan kereta berpusing semula ke jalan raya dan mencegah kemalangan sekunder.

    Jadi bagi memastikan tayar tidak bergerak jika tayar digunakan sebagai penghadang jalan raya, ia mestilah diikat dengan beberapa kaedah seperto diikat dengan menggunakan kabel, dimasukkan dalam struktur kayu agar tidak berganjak, dilapisi dengan foam sebagai penyerap hentaman tambahan atau dibalut dengan jaring

    Google ads
    Back to top button