
TC GAP PROTECTOR – PELAN INSURANS LEBIH MAMPU MILIK UNTUK KENDERAAN NISSAN
Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) dan RHB Insurance secara rasmi telah melancarkan perlindungan insurans Return To Invoice-Guaranteed Asset Protection (RTI-GAP) baharu – TC GAP Protector – dengan premium yang lebih mampu milik, eksklusif kepada para pemilik kenderaan NISSAN.

TC GAP Protector menyediakan perlindungan baki nilai kenderaaan di anatar insurans sedia ada dengan harga asal pembelian sehingga RM140,000 jika kenderaan pelanggan lupus sepenuhnya akibat kemalangan, terbakar atau dicuri, selain pembayaran daripada insurans motor. Insurans ini melibatkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Terdapat tiga pelan insurans – Pelan A, B dan C dengan perlindungan maksimum sehingga lima tahun.

Insurans ini boleh diperoleh menerusi pembayaran premium sekali gus yang berdasarkan kepada harga pembelian dan jumlah tahun insurans itu akan berkuat kuasa.
Tempoh insurans berkuat kuasa secara serta-merta bermula tarikh polisi. Ia hanya sah untuk kenderaan baharu dan sedia ada dengan pendaftaran peribadi serta tidak berusia lebih 12 bulan selepas pendaftaran pertamanya.
Premium yang perlu dibayar untuk model-model terpilih NISSAN adalah seperti berikut:-
| Premium yang perlu dibayar, termasuk 6% GST | |||||||
| No | Model Nissan | Jumlah Diinsurankan | Plan A (3 Tahun) | Plan B (4 Tahun) | Plan C (5 Tahun) | ||
| 1 | Almera | Bermula RM69,000 | Bermula RM241.14 | Bermula RM399.34 | Bermula RM572.61 | ||
| 2 | Grand Livina | Bermula RM88,000 | Bermula RM307.54 | Bermula RM509.31 | Bermula RM730.29 | ||
| 3 | Serena S-Hybrid | Bermula RM133,000 | Bermula RM464.81 | Bermula RM769.75 | Bermula RM1,103.73 | ||
| 4 | Teana | Bermula RM137,000 | Bermula RM478.79 | Bermula RM792.90 | Bermula RM1,136.93 | ||
| 5 | X-Trail | Bermula RM137,000 | Bermula RM478.79 | Bermula RM792.90 | Bermula RM1,136.93 | ||
| 6 | Navara | Bermula RM90,000 | Bermula RM314.53 | Bermula RM520.88 | Bermula RM746.89 | ||
Untuk harga dan maklumat lanjut mengenai TC GAP Protector, sila hadiri bilik pameran ETCM, bengkel TCEAS berhampiran anda, hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd di nombor 1800-88-8185 atau www.tcibs.com.my.









