Buletin

TEKNOLOGI BAHARU BUKAN UNTUK SEMUA ORANG. TAK RAMAI BERMINAT NAK BAYAR YURAN LANGGANAN

Teknologi baharu sentiasa mendapat tempat dalam industri termasuklah dipasangkan pada kenderaan demi memuaskan citarasa moden atau futuristik.

Namun, tidak semuanya bersedia, terutamanya buat pelanggan yang masih meragui kemampuan serta kemudahan ditawarkan oleh teknologi baharu.

Data Auto Pacific baru-baru ini menunjukkan bahawa hanya 23 peratus berminat memuatkan ciri langganan seperti akses internet atau fungsi kawalan jarak jauh untuk kenderaan EV.

Selain ciri langganan, rangkaian kuasa tenaga baharu juga masih kurang mendapat sambutan, apabila mencatat 21 peratus (pembeli hibrid plug-in), sementara pembakaran dalaman baharu, merekodkan 16 peratus.

Perkara itu bagaimanapun boleh dijelaskan, antara faktornya ialah ia memerlukan masa henti lebih lama disebabkan keperluan mengecas.

Maka tidak mengejutkan golongan berumur 60 hingga 69 tahun kurang berminat membayar lebih untuk teknologi baharu. Dari segi angka, empat peratus dari golongan itu sanggup membayar demi bermain permainan video pada skrin infotainmen.

Sementara bagi pembeli muda (berumur 30 tahun ke bawah) pula, hanya 19 peratus sedia membayar langganan teknologi baharu atas alasan yang sama iaitu bermain permainan video.

Merentasi semua teknologi, Wi-Fi adalah ciri paling menarik minat pembeli di mana satu pertiga pembeli (30 peratus) berkata mereka bersedia membayar untuk kemudahan ini.

Ciri lain seperti mengawal kenderaan dari jauh melalui telefon pintar menarik minat 23 peratus pembeli, manakala keupayaan membeli-belah daripada sistem infotainmen gagal menarik minat 90 peratus pembeli.

Google ads
Back to top button