Buletin

HYUNDAI SONATA 2024: BUKAN SEKADAR FACELIFT, 2.5 LITER TURBO, 290HP

Hyundai Sonata 2024 kini mendapat perhatian umum apabila pengeluar dari Korea Selatan itu merujuk model tersebut sebagai ‘bukan sekadar facelift’.

Digayakan bersama reka bentuk Sensuous Sportiness, Hyundai Sonata 2024 diilhamkan daripada Kona generasi kedua terutama penggunaan bar lampu LED lebar penuh di bahagian hadapan, sementara lampu utama terletak di atas salur masuk udara.

Perubahan ketara lain termasuklah hud dengan penampilan garisan lebih agresif, kemasan hitam sporty di bahagian bawah badan, serta memiliki ciri unik di bahagian belakang seperti lampu LED yang dikemaskini.  

Model N Line juga mempunyai dwi peredam baharu serta dipadankan bersama rim bersaiz 19 inci.

Tidak hanya luaran, kemas kini turut dilakukan di dalam kabin. Hyundai Sonata 2024 diserlahkan lagi melalui instrumen digital dan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci.

Kedua-duanya ditempatkan dalam paparan melengkung panoramik, manakala butang transmisi shift-by-wire diletakkan ke bahagian kolum stereng.

Hyundai menyatakan bahawa bahagian kabin Sonata 2024 dinaik taraf untuk pengalaman penumpang lebih baik dengan kombinasi warna dalaman bagi meningkatkan rasa sporty, selain menonjolkan karakter premium.

Dari segi trenkuasa, Hyundai bagaimanapun belum mengumumkan spesifikasi. Tetapi sumber mengatakan bahawa ia bakal dipacu oleh enjin 2.5 liter turbo yang berupaya menghasilkan 290hp dan tork 421Nm.

Untuk rekod, model sebelumnya dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo.

Hyundai Sonata 2024 akan dipertontonkan buat pertama kali di Seoul Mobility Show pada 30 Mac – 9 April.

Google ads
Back to top button