Motosikal

MODENAS KRISS 110 2023. VARIAN DISC BRAKE, 3 WARNA DAN GRAFIK BAHARU, BERMULA RM3.9K

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) hari ini mengumumkan pembaharuan untuk varian Kriss 110 dan Kriss 110 Disc Brake 2023.

Moped kegemaran sepanjang zaman itu menerima beberapa ciri baharu termasuk lampu depan yang direka bentuk semula dan port pengecasan USB untuk kemudahan penunggang. 

Kedua-dua varian juga menerima warna baharu iaitu hitam, biru dan kuning, bersama skema grafik terkini yang dikemas kini dengan harga berikut:

Kapcai tersebut menggunakan enjin dengan teknologi EEV, satu silinder, 4 lejang, SOHC, 108cc yang menghasilkan kuasa maksimum 6.57hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 6.7Nm pada 6,000rpm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear jenis rotari empat kelajuan. 

Suspensi pula terdiri daripada jenis teleskopik di hadapan dan lengan ayun di belakang. Sebagai model asas, Kriss 110 hanya menggunakan brek gelendong untuk kedua-dua rodanya. 

Bagi memberi kemudahan kepada penunggang, Kriss 110 hadir dengan ciri-ciri seperti tangki minyak berkapasiti 42 liter, ruang penyimpanan bawah pelana seluas 6.6 liter, lampu isyarat membelok LED dan speedometer analog. 

Varian disc brake dipasang dengan brek cakera pada roda hadapan. Ia turut dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti indikator gear, meter minyak digital, soket pengecas USB dan suis lampu kecemasan. 

Kedua-dua model itu didatangkan dalam tiga warna dan harga berbeza. Ia mula berada di semua pengedar sah MODENAS pada minggu ini. Setiap pembelian hadir dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MODENAS di https://modenas.my/v2/ atau hubungi talian bebas tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di 019-570 8135.

GALERI

Google ads
Back to top button