Buletin

TEMPAHAN GWM TANK 500 HEV KINI DIBUKA – HARGA BAWAH RM350K

Susulan kejayaan GWM TANK 300, GWM Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi SUV off-road yang dinanti-nantikan iaitu GWM TANK 500 HEV.

Dibina untuk menggabungkan kemewahan dan prestasi lasak, SUV 7-tempat duduk ini direka untuk memenuhi keperluan pemandu yang ingin menakluki pelbagai jenis permukaan.

GWM TANK 500 tampil dengan reka bentuk luaran yang kukuh dan maskulin. Dimensi SUV ini merangkumi panjang 5,078mm, lebar 1,934mm, tinggi 1,905mm, serta jarak roda 2,850mm.

Di bahagian dalam, GWM TANK 500 dilengkapi ciri-ciri seperti tempat duduk kulit NAPPA, sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan.

GWM TANK 500 HEV ditawarkan tiga pilihan warna eksterior yang menarik:

  • Crystal Gray
  • Hamilton White
  • Sun Black

Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter 4-silinder hibrid, SUV ini menghasilkan gabungan kuasa 346PS dan tork 648Nm.

Sistem ini dipadankan dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan, memastikan pemanduan yang lancar di atas jalan raya dan off-road.

GWM TANK 500 menawarkan 11 mod pemanduan, termasuk ciri inovatif seperti:

  • ANK Turn, yang membolehkan pusingan ketat di ruang sempit.
  • Off-road Cruise Control, untuk pengendalian mudah di permukaan mencabar.
    Dengan sudut pendekatan 36.9°, SUV ini mampu mendaki dan melalui laluan ekstrem dengan yakin.

Tambahan pula, sistem 4WD pintar dengan M-Lock, casis lutsinar dan bantuan pemanduan L2+ menjadikan ia SUV hibrid mewah yang unggul.

Beralih pada harga, GWM Malaysia secara rasmi telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

Google ads
Back to top button