Buletin

TERRADYNE GURKHA UNTUK DILELONG. KALIS .44 MAGNUM, BIDAAN DAH CECAH RM600K

Pada kebiasaannya, kenderaan berperisai dibangunkan khusus untuk penguatkuasa undang-undang, ahli-ahli politik dan unit ketenteraan.

Bagaimanapun, orang awam juga boleh memiliki kenderaan terbabit untuk kegunaan mereka jika mempunyai kantung wang yang banyak.

Bahkan, terdapat beberapa syarikat yang membangunkan kenderaan perisai untuk golongan awam termasuk pembikin kenderaan terkenal.

Salah satu syarikat terbabit merupakan Terradyne Armoured Vehichles yang berpangkalan di Ontario, Kanada sejak tahun 2011.

Produk utama syarikat itu adalah Ford Super Duty berdasarkan Gurkha yang ditawarkan melalui empat varian iaitu kenderaan rondaan berperisai ringan (LAPV), kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan rondaan rapid (RPV) dan kenderaan awam (CIV).  

Salah satu model LAPV Gurkha dibangunkan syarikat berkenaan kini disenaraikan untuk lelongan di Collecting Cars.

Terradyne Gurkha itu mendapat khidmat enjin 6.7 liter dipadankan transmisi automatik dengan dilengkapi perisai B4 yang dikatakan menawarkan perlindungan terhadap handgun sehingga kaliber .44 Magnum.

Selain itu, ia turut dilengkapi kit lampu LED, pelindung besi pada bahagian lampu, tangki minyak berkapasiti 151 liter serta sentuhan trim ketenteraan pada semua bahagian tingkap.

Jentera memiliki perbatuan sebanyak 25,000 km itu .mampu meredah pelbagai permukaan jalan dengan dipadankan rim 20 inci.

Sehingga kini, bidaan tertinggi bagi jentera itu mencecah AS$150,000 (RM 633,075). –autoevoluion

Google ads
Back to top button