
JPJ KELANTAN LELONG 100 KENDERAAN. HARGA BERMULA RM50
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong sebanyak 100 buah kenderaan yang telah dilucutkan hak bermula harga serendah RM50 hingga RM19,800 bermula 10 Oktober hingga Isnin ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelongan kali kedua yang dijalankan pada tahun ini melibatkan sebanyak 65 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala 35 buah lagi tidak boleh dilesenkan.
Menurutnya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ.
“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang melibatkan jumlah keseluruhan harga simpanan sebanyak RM579,370.
“Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya.
Menurut Hanit Yusabra, mereka yang berminat boleh melihat kenderaan di stor sita JPJ di Panji di sini, Stesen Penguatkuasa (SPK) Bukit Jawa di Pasir Puteh, SPK Labok (Machang), SPK Laloh (Kuala Krai) dan SPK Mentara (Gua Musang).
Untuk keterangan lanjut mengenai lelongan boleh melayari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. – K! ONLINE
- BACA: PERAM SELAMA 47 TAHUN DI GARAJ. LELONGAN ISO GRIFO 1971 DIJANGKA CECAH RM1.4 JUTA
- BACA: JPJ MELAKA NAK LELONG 46 KENDERAAN TERMASUK SUBARU IMPREZA DAN MINI COOPER
- BACA: HONDA NSX-R NAK DILELONG. HARGA BERMULA RM1.7 JUTA
- BACA: JPJ KELANTAN AKAN LELONG 75 KENDERAAN BERMULA RM120. ADA WISH, ODYSSEY, JAZZ, SAGA DAN ISWARA