Artikel Pilihan

BYD S8 – HMMMM APA PASAL MACAM PERNAH TENGOK EH?

Kadang kala sukar untuk dimengertikan tentang dunia China. Satu sisi lain, mereka kelihatan sangat kuno dengan memakan binatang kelawar bagai. Tapi sisi lain, mereka sangat bagus dalam pembangunan teknologi automotif sebagai contoh. Dan sebuah contoh yang bagus untuk rakyat mereka adalah dengan pengenalan kereta ini, BYD S8. Teknologi persamaan linear.

Sekali imbas memang macam pernah kita tengok dan lihat model ini kan? Makanya tidak syak lagi, bahagian muka hadapan BYD S8 ini saling tak tumpah seperti Mercedes-Benz CLK terutamanya membabitkan lampu utama BYD S8 ini. Model yang kelihatan seperti sangat sporty ini sebenarnya telah dilancarkan untuk pasaran China pada tahun 2006 sebagai sebuah hardtop convertible yang pertama sebelum dikeluarkan untuk produksi penuh setahun kemudiannya.

Bahagian nadi model BYD S8 ini masih boleh dianggap berpadanan dengan paras rupanya. Enjin bersesaran 2.0 liter telah dipilih untuk menggerakkan model yang acah – acah power ini. Kuasa maksimum boleh mencapai xx hp. Kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 180 km/j. Tapi kuasa tujahan model ini barangkali sedikit lemau. Nak cecah ke angka seratus meter kelajuan makan jugalah tiga hari dua malam. Acah aja. Sekitar 14 saat diperlukan untuk mecapai kelajuan tersebut. Memang lemau selemaunya.

Sungguhpun demikian, kelengkapan yang ada pada model S8 ini tidaklah kodi sangat. Beg udara berkembar, ABS+EBD, Pemain DVD, tempat duduk kulit, serta Sistem Anti Kecurian pun ada juga. Kira orait jugalah untuk sebuah model yang nampak macam power dia punya pergi. Paling menarik sebenarnya sudah tentulah ini merupakan sebuah kereta yang bumbungnya boleh dibuka. Petang petang pandu usha makwe depan pasaraya memang ngam. Pasti ramai mata yang memandang.

Walau pun paras rupa BYD S8 ini sepatutnya boleh dijual tanpa masalah di China, apatah lagi dengan harganya sekitar Yuan 165,800 (RM101,666) sahaja namun ianya sebenar merupakan sebuah model yang tak laku. Sedih. Sambutan yang diberikan terhadap model dua pintu ini amat menyedihkan. Payah juga nak hadam selera rakyat China ni sebenarnya.

BACA : QIFENG K7 – SEBUAH LAGI LSEV KLON YANG BOLEH TAHAN

BACA : TAHUKAH ANDA PROTON X70 PUN KENA KLON DI CHINA

Google ads
Back to top button